Selasa, 31 Mei 2011

Malaysiakini :: Surat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


MT SAPP jijik dengan ucapan Kit Siang

Posted: 29 May 2011 10:25 PM PDT

Pesta menuai atau pesta Kaamatan merupakan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya suku kaum Kadazandusun, yang mana diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun.

Dalam perayaan ini, berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan.

Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam perayaan pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.

Dari segi sejarah, pesta Kaamatan yang kita rayakan ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum sejak tahun 1960 lagi.

Individu yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai cuti umum ialah allahyaraham Tun Haji Mohamad Fuad Stephens mantan ketua menteri Sabah yang pertama.

Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Kadazandusun seharusnya berasa bangga dengan perjuangan pemimpin kita yang terdahulu kerana bermati-matian mempertahankan Pesta Kamaatan sehingga ia diiktiraf sebagai cuti umum di negeri Sabah.

Saya antara yang hadir dalam pesta Kamaatan anjuran parti DAP di Putera Theater Ballromm Taman Tun Fuad, Bukit Padang. Namun demikian saya terkilan.

Sebagai seorang anak jati Kadazandusun, saya berasa amat malu dan terhina apabila adat istiadat dan kebudayaan saya tidak dihormati.

Saya tidak dapat merasai bahang pesta Kamaatan tetapi apa yang saya lihat adalah acara makan malam bersama penasihat parti DAP Encik Lim Kit Siang. Menambah jijiknya lagi, kebanyakan ucapan dibuat dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Melihat kepada keadaan ini saya berasa perayaan pesta Kamaatan telah hilang nilainya.Saya berikan satu contoh, tidak pernah Unduk Ngadau diadili dengan cara mengundi, di mana kupon dijual dengan harga RM5.

Penganjuran ini tidak lebih seperti melepaskan batuk di tangga. Pemimpin DAP seperti Edwin Bosi sememangnya telah tahu tentang kesucian lagenda Huminodun, melalui ucapan beliau. Tetapi mengapa beliau tidak melakukan sesuatu untuk memperbetulkan apa yang salah.

Politik adalah politik, perayaan adalah perayaan, oleh yang demikian saya mohon kepada pemimpin daripada luar Sabah. Yang tidak tahu adat budaya orang Sabah, tolong jangan bawa budaya politik daripada luar.

Kami orang Sabah, biar berlainan fahaman politik, tetapi dalam masa perayaan kami tidak ada persengketaan.

Penulis ialah seorang ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AWER bantah ‘bailout’ bon air Selangor

Posted: 29 May 2011 01:14 AM PDT

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) membantah cadangan yang tidak bertanggungjawab oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk 'bailout' bon-bon air yang bernilai RM 6.5 billion.

Tindakan ini tidak sehaluan dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dan implementasinya kerana cadangan ini tidak menetapkan nasib pemegang konsesi.

AWER ingin merujuk kepada 'bailout' oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat pada 2009 ke atas syarikat General Motor dan Chrysler. Perbendaharaan Amerika Syarikat telah mengambil alih pegangan saham syarikat-syarikat ini dalam tindakan 'bailout' tersebut.

Tindakan ini dilakukan untuk memastikan syarikat-syarikat ini tidak runtuh dan mengelakkan kehilangan mata pencarian rakyat. Walaupun cadangan oleh KeTTHA dan PAAB dapat dilihat sebagai satu kaedah untuk mengelakkan kemerosotan keyakinan pasaran kewangan terhadap Malaysia, cadangan ini masih tidak sehaluan dengan implementasi WSIA.

'Bailout' bon-bon Air Selangor melalui PAAB juga tidak sama dengan tindakan 'bailout' Amerika Syarikat.

Dalam operasi sebenar, PAAB merupakan satu badan khas (Special Purpose Vehicle - SPV) dan tidak perlu menubuhkan satu lagi SPV yang baru sebagai 'orang tengah'. Pengenalan 'orang tengah' yang baru akan menyebabkan kos tambahan kepada rakyat yang sebenarnya boleh dielakkan.

Tugas PAAB adalah untuk mengambil alih aset-aset berliabiliti supaya operator air beroperasi dalam keadaan 'ringan-asset'. Operasi PAAB sepatutnya dipantau dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Apa yang telah menyimpang di sini? Adakah PAAB tidak jelas atau tidak faham akan tugas dan bidang kerja mereka?

Dalam 'bailout' General Motor dan Chrysler, Perbendaharaan US dan beberapa agensi lain telah mengambil alih pemilikan saham syarikat-syarikat ini. Akan tetapi, cadangan PAAB hanya ingin menyelamatkan pemengang bon tanpa mengambil alih pegangan saham bagi syarikat konsesi yang terbabit.

Kaedah penyelesaian sebegini yang diguna pakai oleh SPAN, PAAB dan KeTTHA adalah tidak wajar. Ini adalah bersamaan dengan meletakkan keseluruhan masalah terus kepada rakyat dan sektor perniagaan. Ini kerana semua kos ini akan dibayar dalam bentuk tarif.

Pemegang bon sebenarnya 'tersepit' dalam situasi ini disebabkan perbezaan pendapat di antara kerajaan negeri, pemegang perjanjian konsesi dan kerajaan persekutuan.

Model WSIA mempunyai kaedah penyelesaian untuk menamatkan perjanjian konsesi. Mengambil alih liabiliti syarikat konsesi untuk mengelakkan kemerosotan keyakinan pasaran boleh diterima. Tetapi, perjanjian konsesi mesti dibatlkan pada penghujung keseluruhan cadangan penyelesaian ini.

Setelah kaedah 'bailout' dilaksanakan dan PAAB mengambil alih pegangan saham yang berkaitan dalam syarikat-syarikat ini, perjanjian baru boleh dilaksanakan secara langsung di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri air di Selangor tanpa perlunya penglibatan pemegang perjanjian konsesi.

AWER menyeru kerajaan negeri Selangor dan KeTTHA untuk berkerjasama bagi menangani isu ini. Bagi sesiapa yang masih tidak jelas akan fungsi WSIA, sila layari www.awer.org.my untuk memuat turun laporan "Penstrukturan Semula Industri Air Negara – hakikatnya".

Ia diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Laporan ini juga telah diberikan kepada semua ADUN dan ahli parlimen di Malaysia bulan lalu.
Penulis adalah presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved