Khamis, 2 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Aktivis diarah tweet 100 kali kerana memfitnah

Posted: 02 Jun 2011 04:55 AM PDT

Seramai 4,253 pengikut laman Twitter Fahmi Fadzil mungkin pelik dengan pesanan bertalu-talu daripada aktivis sosial itu yang memohon maaf kepada sebuah syarikat penerbitan.

Dalam 'penyelesaian' yang tidak pernah berlaku, Fahmi diarahkan untuk menulis permohonan maaf di laman sosial itu sebanyak seratus kali dalam masa tiga hari.

NONESyarikat itu - Blu Inc Media & Majalah Female - mengarahkannya menulis: "I've DEFAMED Blu Inc Media & Female. My tweets on their HR Policies are untrue. I retract those words & hereby apologize."

(Saya MEMFITNAH Blu Inc Media dan Majalah Female. Tweet saya tentang polisi HR [sumber manusia] mereka tidak benar. Saya tarik balik kata-kata itu dan mohon maaf.)

Beliau diminta berbuat demikian untuk mengelakkan daripada diheret ke mahkamah.

Semuanya bermula apabila Fahmi - yang juga setiusaha politik kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar - diminta menulis secara bersiri perkara itu di akaun Twitter @fahmi_fadzil.

Ambil iktibar

Pada 25 Januari lalu, Fahmi mendakwa seorang rakannya tidak dilayan dengan baik oleh majikannya di majalah Female kerana mengandung sehingga mendorongnya meletakkan jawatan.

Sedar dengan kesilapan tersebut, Fahmi memohon maaf beberapa jam selepas itu dalam laman yang sama.

NONEBagaimanapun, pada Mac, peguam Blu Inc menghantar surat padanya mendakwanya memfitnah syarikat penerbitan besar itu yang turut memiliki beberapa majalah popular termasuk Her World, Glam dan Eh! dan memegang lesen penerbitan Men's Health dan Seventeen Men.

Mereka menuntut Fahmi menyiarkan memohon maaf secara bertulis dan menyiarkannya dalam akhbar harian selain membayar gantirugi.

Oleh kerana tidak mampu ekoran harganya mencecah puluhan ribu ringgit, Fahmi dan Blu Inc mencapai kata sepakat untuk memohon maaf secara berperingkat dalam laman twitternya.

Bagaimanapun, Fahmi ketika dihubungi oleh Malaysiakini hari ini menganggap perkara itu sebagai "pengalaman yang baik".

"Saya kini mengambil iktibar bahawa anda perlu bertanggungjawab terhadap apa yang kamu tulis di Twitter," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muslimat mahu pasukan IT antifitnah

Posted: 02 Jun 2011 03:56 AM PDT

Dewan Muslimat PAS meluluskan usul mewujudkan pusat informasi parti bertujuan mewujudkan ruang menjelaskan dasar parti dan menepis fitnah yang dilemparkan kepada parti itu.

Wakil Shah Alam Azlin Hezri ketika mencadang usul itu berkata, pusat berkenaan perlu diwujudkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Apa yang kita harapkan, kita perlu task force. PAS wujudkan satu medan dan ruang menyampaikan maklumat terutamanya berkaitan pilihan raya.

"Betul kita ada banyak laman web dan blog, tapi perlu ada satu (portal) untuk PAS sahaja," katanya lagi ketika mencadangkan usul berkenaan di muktamar sayap pergerakan itu di Shah Alam hari ini.

Azlin turut menyeru perwakilan supaya mencontohi aktivis internet Wa'el Ghomi – eksekutif muda Google yang mencetuskan revolusi di Mesir melalui media maya.

Azlin juga mencuit hati perwakilan wanita apabila mengajuk dialog daripada filem popular Kung Fu Panda ketika menasihatkan perwakilan bersabar menghadapi apa yang disifatkannya sebagai fitnah.

"Kita perlu kepimpinan keluarkan idea... kita mesti pakai kekuatan dalaman.

"Kamu akan dapat kekuatan daripada ketenangan dalaman," katanya sambil disambut gelak ketawa daripada kira-kira 600 orang perwakilan di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Media sedia ada terhad

Usul itu menerima sokongan daripada ketua penerangan dewan berkenaan, Salbiah Abdul Wahab yang melihat keadaan itu sebagai cabaran kepada muslimat PAS memperluaskan kebolehan mereka.

"Saya juga ingin menyatakan di dalam dewan ini ramai dari ahli yang ada (akaun) blog, Facebook dan Twitter. Saya (rasa) kita patut perkasakan kebolehan anda sekalian," katanya.

Sementara itu, wakil Muslimat Dungun, Khairah Mokti turut serta berbahas dengan mencadangkan semua Muslimat kawasan menghasilkan laman web sendiri.

"(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) pun ada dah ada Facebook sendiri," katanya.

Seorang lagi perwakilan, Erna Aznira Anuar pula berkata, usaha bagi mewujudkan pusat pasukan bertindak informasi itu perlu memandangkan PAS kini masih kurang menggunakan media baru.

"Kita ada, contohnya TV Kelantan tetapi terhad," katanya lagi yang berpandangan bahwa PAS patut mempunyai mekanisme khusus bagi usaha berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved