Rabu, 15 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Dewan Rakyat kecoh bila isu Buku Jingga disentuh

Posted: 15 Jun 2011 10:56 PM PDT

Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara beberapa anggota pembangkang apabila isu Buku Jingga disentuh seorang anggota parlimen kerajaan.

Keadaan bertukar gamat apabila Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) bangkit mempersoalkan janji-janji yang dibuat oleh pembangkang di dalam Buku Jingga yang diperkenalkan mereka, lapor Bernama.

Soalan itu nyata 'mencuit' sensitiviti anggota pembangkang yang mula 'panas telinga' termasuk Azmin Ali (PKR-Gombak) bangun untuk memberi penjelasan walaupun ada suara-suara dari pihak anggota parlimen kerajaan yang menggesa soalan itu dijawab oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir.

Anwar dan tiga lagi anggota parlimen pembangkang -- Azmin, R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) muncul buat kali pertama di Dewan Rakyat pada sesi ini selepas tempoh penggantungan mereka selama enam bulan tamat hari ini.

Keempat-empat anggota parlimen pembangkang itu digantung daripada menghadiri sidang dewan pada Disember lepas atas kesalahan menghina Dewan.

Terdahulu, isu buku jingga tercetus apabila Anwar mengemukakan soalan pada sesi soal jawab hari ini meminta kerajaan menjelaskan mengenai dakwaan kerugian Felda dan meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyatakan kedudukan terkini kewangan Felda, kewajaran Felda meminjam lebih RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan prestasi pelaburan hasil daripada pinjaman ini.

Menjawab soalan itu, Ahmad memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kedudukan kewangan terkini Felda berada dalam keadaan yang kukuh dengan jumlah aset terkini adalah sebanyak RM19.18 bilion.

Katanya nilai itu melibatkan tanah seluas 341,000 hektar yang dinilai berdasarkan harga kos dan bukan harga semasa.

"Sekiranya dinilai berdasarkan nilai semasa jumlahnya akan jauh lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata pinjaman KSWP bertujuan untuk program tanam semula kebun peneroka, membiayai lima daripada 12 rumah projek perumahan mampu milik untuk generasi baru Felda dan projek gedung makanan negara.

Katanya hasil daripada projek-projek berkenaan dijangka memberikan faedah dan keuntungan yang berlipat ganda kepada Felda.

Menurut Ahmad, pada 28 Oktober tahun lepas kedudukan kewangan Felda dan pinjaman KWSP itu telah dinyatakan kepada semua anggota parlimen melalui laporan tahunan Felda.

"Tiada apa yang disembunyikan mengenai kewangan Felda seperti dakwaan yang dikemukakan wakil Permatang Pauh," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Data Pelancongan Sabah bocor selepas digodam

Posted: 15 Jun 2011 10:48 PM PDT

Di sebalik jaminan polis bahawa tidak ada data yang akan bocor dalam serangan ke atas laman web kerajaan malam semalam, satu set data pengguna didakwa berjaya dicuri dari laman Pelancongan Sabah dan disiarkan di Internet.

NONEData 392 akaun pengguna laman itu kemudian dimuat-naikkan ke sebuah portal bebas yang tidak dikenali. Ia turut memuatkan emel pengguna, nama pertama dan akhir pengguna dan juga kata lauan mereka yang telah dipadamkan.

Sementara itu, The Star/Asia News Network melaporkan laman yang digodam itu dikesan awal pagi ini oleh ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan.

NONE"Sebahagian daripada laman web itu didapati telah dipadamkan apabila saya melayarinya," kata Dhillon Andrew Kannabhiran, yang mengetuai Hack In The Box (M) Sdn Bhd.

"Saya baru pulang dari lawatan luar negara," kata portal itu.

Laman Pelancongan Sabah telah dihentikan seketika.

F-Secure Corporation (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat perisian keselamatan komputer mengesahkan perkara itu.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved