Jumaat, 17 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


MIC mohon Thaipusam diisytihar cuti di Melaka

Posted: 16 Jun 2011 11:39 PM PDT

MIC Melaka memohon kepada kerajaan Melaka agar perayaan Thaipusam yang diraikan masyarakat India di negara ini setiap tahun, diisytiharkan sebagai hari cuti umum di Melaka.

Pengerusi MIC Melaka Datuk R Perumal berkata pengisytiharan Thaipusam sebagai cuti umum dapat memudahkan masyarakat India di Melaka melakukan amalan keagamaan mereka sempena perayaan itu.

thaipusam mb khalid visit 290110 01"Cuti umum turut memudahkan masyarakat lain berkongsi kemeriahan Thaipusam sesuai dengan konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Badan Perhubungan MIC Melaka Ke-65 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, malam semalam.

Konvensyen itu dirasmikan Presiden MIC Datuk G Palanivel dan turut dihadiri lebih 300 anggota MIC dari seluruh negeri Melaka.

Sehingga kini hanya Wilayah Persekutuan, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor mengisytiharkan perayaan Thaipusam sebagai cuti umum.

Sementara itu, Perumal berkata Kementerian Pelancongan memperuntukkan RM2 juta untuk menaik taraf kawasan di Jalan Bendahara dan persimpangan Jalan Temenggong di Melaka yang dikenali sebagai 'Little India Melaka' dan dijangka siap sebelum perayaan Deepavali pada tahun ini.

"Kerja naik taraf itu melibatkan landskap, baik pulih dan pelbagai lagi. Kita masih lakukan kerja reka bentuk dan selepas itu kita akan adakan perbincangan dengan penduduk kawasan itu. Selepas penduduk setuju kita akan mulakan kerja naik taraf," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mubarak saran guna ISA terhadap himpunan BERSIH

Posted: 16 Jun 2011 11:31 PM PDT

Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) menyarankan kepada polis agar menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap perancang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

NONEPresidennya Datuk Seri Aziz Abdul Rahman berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas menyekat kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan awam dan keselamatan negara.

"Walaupun pihak berkuasa mungkin keberatan untuk menggunakan ISA bagi mengelak imej negatif terhadap negara di peringkat antarabangsa, kami berpendapat ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak boleh diganti dengan keperluan menonjolkan imej yang baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam perhimpunan seperti itu yang mungkin membabitkan ribuan manusia, penganjur tidak mampu mengawal emosi mereka yang menyertainya.

bersih rally 271207 03"Dalam keadaan emosi peserta yang memuncak, seseorang hanya perlu melontarkan seketul batu ke arah orang ramai untuk memulakan rusuhan," katanya menambah keadaan akan menjadi lebih buruk jika ada kumpulan lain yang bertentangan pendirian turut berarak.

Mubarak juga katanya menyokong penuh keputusan polis untuk tidak mengeluarkan sebarang permit bagi perhimpunan tersebut.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved