Sabtu, 18 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Najib: Gunapakai inovasi tingkat perniagaan global

Posted: 18 Jun 2011 07:17 PM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa negara-negara Afrika dan Caribbean supaya menerima inovasi sebagai keutamaan penting bagi mencapai kelebihan daya saing di peringkat global dan membawa ekonomi mereka ke tahap tinggi baru.

Perdana Menteri yang menggesa mereka supaya beralih daripada cara lama melakukan sesuatu, berkata Malaysia, yang memberi tumpuan kepada inovasi bagi memastikan produktiviti yang tinggi, bersedia untuk berganding bahu dengan mereka untuk memacu ekonomi mereka ke arah inovasi dan perubahan sosio-ekonomi bagi mencapai wawasan negara mereka.

"Tidak dinafikan, negara-negara yang mempunyai pengetahuan dan ekonomi berasaskan inovasi mendapat kelebihan pada ranking perniagaan antarabangsa," kata beliau dalam ucaptama pada Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 (LID2011) hari ini.

LID 2011 dihadiri ketua-ketua kerajaan dan negara serta menteri dan pegawai dari 15 negara Afrika dan Caribbean.

Memberi contoh Korea Selatan dan Taiwan, Najib berkata kebangkitan luar biasa ekonomi mereka dan keupayaan negara-negara Scandinavia mencatatkan pendapatan per kapita tertinggi di dunia walaupun jumlah penduduknya yang kecil dan ekonomi dalam negara yang kecil adalah disebabkan oleh pelaburan mereka yang besar dalam inovasi, pengkhususan dan langkah mengantarabangsakan kemudahan
penyelidikan mereka.

Selaras dengan itu, Malaysia mengambil langkah menubuhkan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di New York bulan lepas bagi membantu mendapatkan pandangan daripada rangkaian yang pelbagai di mana syarikat-syarikat Malaysia dan institusi boleh menghubungkan rakan-rakan mereka di luar negara.

Dalam mesyuarat GSIAC yang dipengerusikan Najib, ia menghimpunkan para pemimpin daripada kerajaan, industri dan akademik yang memberikan perspektif baru yang terbaik mengenai cara-cara untuk memacu ekonomi global ke arah transformasi inovasi dan sosio-ekonomi.

Sebagai perdana menteri, Najib berkata beliau "bertekad untuk melihat Malaysia menjadi negara berdaya maju dan dengan inovasi dinamik."

"Saya yakin ekosistem inovatif yang sangat berkembang akan meningkatkan status sosio-ekonomi masyarakat kita dan meningkatkan kualiti hidup rakyat kita - tetapi untuk mencapai matlamat berkenaan, kita mesti meneroka pengalaman negara-negara yang berjaya dan belajar daripada kejayaan mereka."

"Kita boleh memupuk kerjasama yang serupa dengan rakan-rakan kita dari Afrika dan Caribbean," kata beliau dalam tawaran yang jelas berkait dengan tema ini LID tahun ini - "Menjana Perkongsian Bestari Untuk Transformasi Sosio-Ekonomi."

LID 2011 itu diadakan buat pertama kali di Putrajaya di atas permintaan oleh pemimpin Afrika di Dialog Antarabangsa Selatan Afrika di Uganda mana mereka mahu melihat pembangunan di Putrajaya serta Cyberjaya.

Dialog tahun ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Afrika seperti Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, Perdana Menteri Lesotho Pakalitha Bethuel Mosisili, Perdana Menteri Swaziland Barnabas Sibusiso, Naib Presiden Uganda Edward Sekandi dan Naib Presiden Kenya Stephen Kalonzo.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Perdana Menteri juga menggesa negara-negara supaya menggabungkan teknologi yang sesuai dalam konteks pembangunan negara mereka bagi mencapai faedah yang optimum memandangkan perkembangan hebat teknologi terkini daripada negara perindustrian yang menimbulkan peningkatan masalah sosio-ekonomi di negara-negara membangun.

Antaranya termasuk kemiskinan dan peningkatan pengangguran berikutan pewujudan teknologi berintensifkan modal serta penghijrahan ke kawasan bandar menyebabkan jumlah penduduk yang berlebihan setelah mereka berusaha mencari tahap kehidupan yang lebih baik.

"Kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi telah mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, tetapi terdapat keperluan untuk kita menilai secara individu sama ada teknologi yang kita gunakan adalah optimum untuk kita," kata beliau sambil menambah bahawa teknologi yang sesuai sebagai pendekatan pembangunan bagi menyelesaikan masalah sosio-ekonomi, terutamanya dalam sektor luar bandar dan tidak formal.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan di luar sektor teknologi maju untuk membolehkan pembangunan di seluruh penduduk.

"Di samping itu, kita perlu membangunkan satu pelan bersepadu untuk membangunkan kawasan luar bandar. Saya percaya bidang berkenaan berpotensi untuk perbincangan dan kerjasama di masa depan," kata Najib.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

LL4G: Pidato Mohamad Sabu diarah dibatalkan

Posted: 18 Jun 2011 06:43 PM PDT

Penampilan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai seorang daripada pemidato semasa pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi dibatalkan.

Menurut Harakahdaily, difahamkan pembatalan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah "mendapat tekanan" daripada Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

poster Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia, mohamad sabu not invited"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas yang tidak mahu identitinya diumumkan.

Pihak penganjur juga menutup nama Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar yang dijemput sebagai mewakili BN pada backdrop di pentas.

Mohamad yang dihubungi Harakahdaily juga mengesahkan pembatalan itu.

"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.

"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

poster Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia, mohamad sabu not invited"Saya rasa dipermainkan," katanya dengan nada kecewa.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada perasmian LL4G, malam semalam, Najib berkata Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan yang bakal berlepas ke Gaza pada minggu depan.

MP PAS juga sertai Freedom Flotilla

Perdana Menteri berkata beliau akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan.

orange book forum klscah 250111 khalid samadMalaysia juga meminta PBB supaya memastikan keselamatan kapal-kapal flotilla kemanusiaan tersebut semasa ia berada di perairan antarabangsa.

Seramai 10 orang rakyat Malaysia, termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai "International Freedom Flotilla II".

Selain Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin, rombongan kali ini akan disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Pengerusi AMAN Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid, anggota parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (kiri), dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.

Turut sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah al Ehsan Ismail Darus, Wartawan Astro Awani Nazri Kahar serta jurukamera Astro Awani, Wan Yusani Amir.

NONENajib berkata permohonan yang kerajaan Malaysia kemukakan kepada PBB adalah berasaskan permohonan yang diterima dari LL4G yang didapati wajar dibantu oleh kerajaan.

"Kita tidak hendak 10 wira kita ini dilakukan sebarang penganiayaan terhadap mereka," katanya.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Noorazman meminta kerajaan supaya mengemukakan dua cadangan kepada PBB bagi mengelak berulangnya tragedi ke atas "Freedom Flotilla" pada 31 Mei tahun lepas di mana enam buah kapal daripada flotilla itu diserang oleh tentera Israel di perairan antarbangsa.

Ketika tragedi itu, "Freedom Flotilla" anjuran Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) dan Yayasan bagi Hak Asasi Manusia Turki sedang membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan "Pertahankan Kemanusiaan" (Stay Human) dan akan disertai 13 buah kapal antarabangsa -- 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan halangan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

NONENoorazman berkata, sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk serangan daripada tentera laut Israel, pihaknya akan memulakan latihan bermula esok, termasuk latihan kecemasan ketika berada di air, berhadapan dengan komando Israel dan tekanan mental.

Beliau berkata mereka akan membawa alat pendidikan, makanan, ubat-ubatan serta barang-barang binaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved