Selasa, 28 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


PKR jangka darurat diguna halang himpunan BERSIH

Posted: 28 Jun 2011 10:09 PM PDT

PKR Selangor menjangka kerajaan mungkin menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

NONEKetua penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata PKR Selangor menjangkakan demikian memandangkan tindakan yang ditunjukkan pihak berkuasa kini "ke arah itu."

"Darurat mungkin diisytiharkan, kita tidak tahu.

"Kita jangka mungkin sampai ke peringkat itu sebab pakai baju kuning pun tak boleh," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi PKR juga telah menyediakan pelan darurat bagi menghadapi tindakan berkenaan.

Namun parti berkenaan tetap dengan rancangan asalnya untuk mengerahkan anggotanya, kata Shuhaimi lagi.

bersih rally 271207 05Tambahnya, PKR Selangor telah menyediakan pelan laluan 70,000 penyokongnya di sekitar Selangor dan Lembah Kelang untuk membolehkan mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Kumpulan penyokong berkenaan akan dibahagikan mengikut lima zon laluan bagi membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan tren ke Kuala Lumpur.

Tambahnya, PKR Selangor juga menyediakan tempat tinggal untuk membolehkan penyokong berkenaan bermalam di Kuala Lumpur.

"Senarai tempat tinggal ini akan disiarkan di lamanweb PKR Selangor," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Ya, ya, ya', polis akan bertindak ke atas Pemuda

Posted: 28 Jun 2011 10:01 PM PDT

Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di hadapan ibu pejabat PKR pada lewat malam Isnin lalu, kata Menteriu Dalam Negeri.

NONEDitanya secara spesifik sama ada polis akan bertindak berhubung insiden itu, Hishammuddin Hussein berkata: "Ya, ya, ya."

Katanya, tida ada mana-mana individu yang akan mendapat layanan istimewa dan kerajaan telha menjelaskan pendiriannya itu.

"Saya telah arahkan (polis) supaya Pemuda (Umno) diberikan layanan yang sama. Tidak ada sesiapun mengatasi undang-undang," katanya.

Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

NONESetiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya," kata Saifuddin.

Bagaimanapun exco pergerakan itu Lokman Noor Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau hanya dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:

NONE"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".

Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka itu.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved