Rabu, 29 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Mat Sabu: PAS akan turun beramai-ramai 9 Julai ini

Posted: 29 Jun 2011 10:30 PM PDT

Di sebalik pelbagai tekanan dan amaran kepada penyokong BERSIH 2.0, PAS yakin ramai rakyat negara ini akan memberanikan diri menyertai perhimpunan aman bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara itu.

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berjanji anggota parti Islam itu akan berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang.

azlan"Arahan presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang), mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan ketua Dewan Ulama (Datuk Harun Taib) supaya ahli turun menyertai perhimpunan itu... kita tidak ada pilihan melainkan menyertai perhimpunan ini.


"Semua anggota akan berkelakuan baik dan teratur seperti pada demonstrasi sebelum ini. Jika tidak, polis boleh bertindak ke atas mereka," katanya.

Menurut Mohamad, polis atau pihak keselamatan boleh menahan dan mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang melanggar undang-undang.

"Polis boleh ambil tindakan atau menahan ahli PAS yang buat kacau seperti membakar kereta atau melempar batu. Kita tidak akan membela mereka kalau betul ahli PAS bertindak ganas," katanya.

Mohamad yang terkenal sebagai pemidato yang lantang hadir di balai polis daerah Gombak untuk memberi keterangan berhubung apa yang diperkatakannya pada muktamar parti itu yang lalu.

Katanya, PAS menyokong BERSIH kerana tuntutannya yang mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Ditanya apa yang akan dilakukan jika BERSIH membatalkan perhimpunan itu, Mohamad berkata terpulang kepada gabungan itu kerana mereka adalah badan yang bebas.

"Namun, kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan seterusnya (jika ini berlaku)," katanya.

bersih rally 271207 01Mohamad juga memberi jaminan bahawa ramai akan keluar menyokong perhimpunan 9 Julai itu tetapi tidak dapat memberikan ramalan jumlahnya tetapi mengulangi ia adalah himpunan yang aman.

"Saya mahu polis dengan serius menyiasat sebuah pertubuhan yang mendakwa akan berlaku 'pertumpahan darah' jika BERSIH diteruskan. Perkataan seumpama ini berbaur hasutan dan tidak perlu," katanya.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM dan isteri lawat Kelantan Sabtu ini

Posted: 29 Jun 2011 10:20 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan Sabtu ini.

Jabatan Penerangan Kelantan dalam satu kenyataan hari ini berkata Najib dan isteri dijangka tiba di Gong Kedak, Terengganu pada pukul 9.40 pagi untuk menghadiri beberapa program membabitkan daerah Pasir Puteh, Machang, Bachok dan Kota Bharu.

NONENajib akan memulakan program pertamanya dengan mengadakan perjumpaan bersama jawatankuasa penyelaras Barisan Nasional Kelantan di Pejabat Umno Bahagian Pasir Puteh sebelum membuat 'tinjauan mesra' di Stesen Kereta Sewa dan Pasar Besar Pasir Puteh.

Selepas itu, perdana menteri dijadual menghadiri majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Puteh sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Pulau Lima di Pasir Puteh.

Perdana menteri kemudian ke daerah Machang bagi menghadiri Program Jiwa Murni disusuli majlis Perjumpaan Bersama Rakyat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang.

Najib juga dijadualkan menghadiri majlis perjumpaan dengan rakan-rakan Facebook di Hotel Renaissance di sini selepas itu.

Rosmah pula mempunyai acara berasingan dengan menghadiri program "Apa Khabar Anak Permata" di Pusat Anak Permata Negara Parlimen Bachok dan program minum petang bersama pertubuhan-pertubuhan wanita di Hotel Grandriverview di Kota Bharu.

Pada sebelah malam, Najib dan Rosmah akan menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Wisma Persekutuan d Kota Bharu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada jam 10.55 malam.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved