Jumaat, 17 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


P'raya masjid: Nama Agong diheret, kata Aziz Bari

Posted: 17 Jun 2011 09:45 PM PDT

Meskipun mengakui Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-raja Melayu, namun pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mempertikaikan cara nama Seri Paduka diheret setiap kali bagi membidas dasar-dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

NONE"Hanya selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih Pulau Pinang, tiba-tiba peranan Agong menjadi tokoh yang signifikan.

"Nama Baginda digunakan bagi menghalang sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz berkata prosedur atau peraturan yang betul mengikut perlembagaan adalah bagi pihak Istana Negara atau setiausaha sulit Yang di-Pertuan Agong bagi mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai ketua agama dan bukannya oleh pihak-pihak yang lain.

"Pastinya bukan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.

"Jadi beliau harus diam. Biarkan Baginda melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh perlembagaan - bebas daripada kerajaan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri," kata Abdul Aziz.

Beliau juga membidas dakwaan 'mengarut' oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang berkata adalah salah bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid diadakan.

"Pertama, tidak ada fatwa mengatakan pemilihan itu adalah haram mengikut Islam," katanya.

Fatwa

Lagipun menurut profesor itu lagi, umat Islam, sama ada dari Umno, PAS dan PKR, semuanya pernah terbabit dalam pemilihan parti masing-masing.

azlan"Jika ini tidak mengikut Islam, majlis fatwa sepatutnya mengeluarkan hukum berhubung perkara itu," katanya.

Semalam, hasrat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 dengan kaedah pilihan raya terpaksa dibatalkan.

Keputusan itu dibuat di Istana Negara di Kuala Lumpur apabila Yang di-Pertua Negri Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua MAIPP Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan hari ini dan esok itu sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid tetapi kini ditangguhkan sehingga notis lanjut.

Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP.

Bantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu yang kini gagal menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang setelah ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008.

Umno mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'ISA tak kendurkan semangat BERSIH'

Posted: 17 Jun 2011 09:07 PM PDT

Saranan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) agar polis menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini satu ugutan keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan (bawah, dua dari kanan).

NONE"Mereka mahu ugut siapa? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan.

"Apa masaalah MUBARAK? Apa masalah kerajaan untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

egypt revolution mubarak steps down crowd 1Sehubungan itu, Nasrudin juga menasihatkan MUBARAK dan kerajaan BN agar tidak menjadi seperti bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara sehingga digulingkan rakyat.

"Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap," katanya.

Menurut Nasrudin beliau sendiri akan berada di saff hadapan pada perhimpunan itu nanti dan mengingatkan kerajaan khususnya pemimpin BN supaya tidak menakut-nakutkan rakyat dengan ISA.

bersih rally 271207 04"Jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam, justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini," katanya.

Menurut Nasrudin, himpunan BERSIH tidak meminta suatu yang merugikan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

"Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini," katanya.

bersih rally 271207 01Pemimpin PAS itu berkata himpunan BERSIH pada 9 Julai ini diadakan setelah tuntutan pelbagai pihak yang mahu pilihan raya yang adil dan telus di negara ini tidak dilayan dengan baik oleh kerajaan dan pihak berkuasa.

Beliau juga memberikan jaminan himpunan BERSIH akan diadakan secara aman dan menggesa semua pihak termasuk peniaga supaya tidak perlu bimbang kerana tiada perkara yang tidak diingini akan berlaku sekiranya mana-mana pihak termasuk polis tidak mencetuskan provokasi.

"Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah Umno dan BN, yang resah ialah Umno dan BN dan yang gundah ialah Umno dan BN.

bersih rally 271207 07"Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakanlah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa-apa," katanya.

Beliau mengakhiri kenyataannya menggesa semua rakyat dari seluruh negara supaya melawat Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Pelancongan pada 9 hb Julai ini adalah bertemakan 'Keadilan dan Ketelusan' di samping menikmati kota raya negara kita sendiri.

"Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved