Jumaat, 1 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Permata Negara tiada agenda politik, kata Rosmah

Posted: 01 Jul 2011 10:53 PM PDT

Program Permata Negara yang diperkenalkan kerajaan sama sekali tidak mempunyai agenda politik sebaliknya ia demi masa depan kanak-kanak muda yang perlu dibentuk dengan nilai-nilai mulia.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berkata sebaliknya program Permata Negara itu membuka ruang yang luas kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik untuk berganding bahu dengan kerajaan dalam membantu mendidik kanak-kanak itu menjadi insan cemerlang pada masa depan.

"Perluasan program Permata ini berfokuskan kepada kanak-kanak tanpa mengambil kira fahaman politik kerajaan yang memerintah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Apa Khabar Anak Permata di Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di Bachok, hari ini.

Rosmah, yang juga isteri Perdana Menteri, kini berada di Kelantan mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini.

Beliau berkata Kelantan sememangnya diberi perhatian untuk mewujudkan lebih banyak pusat Permata itu yang kini telah mempunyai sebanyak enam buah pusat.

"Kita mempunyai kekangan untuk memperolehi tapak yang sesuai khususnya di negeri-negeri yang bukan di bawah pimpinan kerajaan BN. Alhamdulillah di Kelantan masalah ini telah dapat diatasi dengan kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Pelajaran," katanya.

Beliau berkata seperti di negeri-negeri lain, program Permata Negara di Kelantan telah diperluaskan ke empat buah Taska di bawah Jabatan Perpaduan, 15 buah Taska Kemas dan tujuh buah Taska Komuniti.

"Kebanyakan taska ini terletak di pedalaman bagi memberi peluang kepada anak-anak di luar bandar untuk mengikuti program Permata," katanya.

Rosmah turut mengulangi beliau sama sekali tidak terlibat dalam merangka kurikulum pembelajaran program itu sebaliknya ia telah dirangka oleh para pakar yang bertauliah dengan mengambil kira sistem pendidikan luar negara yang terbaik dan boleh diterapkan di dalam negara.

Katanya program Permata Negara itu juga kini sudah menjadi sebutan masyarakat yang rata-rata mahu ia diperluaskan lagi.

"Ini bergantung kepada bajet dan jika Menteri Kewangan dapat meluluskan bajet yang mencukupi, kita boleh memperluaskan program ini," katanya.

Beliau juga meminta ibu bapa pelajar di pusat Permata itu agar kerap melawat pusat berkenaan untuk melihat sendiri program yang disediakan kepada anak mereka.

"Ibu bapa ini bantulah para guru di pusat Permata agar dapat menjadikan program ini benar-benar berjaya bagi melahirkan insan terbaik kerana mereka ini adalah pewaris negara," katanya.

Beliau juga berkata anak-anak itu juga perlu dididik dengan nilai-nilai yang sebenar ketika di rumah agar mereka tidak terkeliru seperti mana yang diajar di pusat berkenaan.

Pada pertemuan itu, Rosmah turut bermesra dengan pelajar dan ibu bapa mereka dan turut mengadakan sesi dialog.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Baju BERSIH 'di dalam' juga ditangkap polis

Posted: 01 Jul 2011 09:46 PM PDT

Tiga anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Batu Gajah, Perak pada jam 9.20 pagi ini kerana memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0, meskipun mempunyai baju lain di luarnya.

Menurut timbalan setiausaha PKR Perak Tan Kar Hing, ketiga-tiga mereka ketika kejadian sedang menikmati minuman teh apabila ditahan polis.

"Polis minta mereka buka baju dan tahan mereka apabila baju dalam yang dipakai adalah baju BERSIH," lapor Tan.

Menurut beliau ahli PKR itu hanya menikmati minuman dan tidak melanggar sebarang undang-undang.

Mereka adalah timbalan ketua cawangan Batu Gajah Adnan Talib, 50, naib ketuanya Anthony Wijaya, 50, dan pengarah skuad Pemuda Perak Tamil Selvam, 28.

Ketiga-tiga lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis Batu Gajah untuk siasatan.

Sejak seminggu ini, semakin ramai yang ditangkap. Awal pagi tadi, exco Selangor Ronnie Liu ketika dalam perjanan pulang bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ditangkap di Hulu Selangor manakala di Alor Setar, 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR juga dicekup oleh polis.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved