Khamis, 7 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


BERSIH gagal dapat permit himpun di Stadium Merdeka

Posted: 07 Jul 2011 10:33 PM PDT

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.NONEKetika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai," katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung dengan telefon dengannya.

"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit," kata Amar Singh.

Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok

"BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya," tulis BERSIH.

Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.

Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya".

"Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission".

Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi berkata BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemimpin Pakatan tak akan hirau larangan ke KL

Posted: 07 Jul 2011 10:21 PM PDT

Di sebalik larangan polis ke atas 91 individu berada di Kuala Lumpur, pemimpin Pakatan Rakyat akan tetap turun bersama orang ramai yang akan berhimpun di Stadium Merdeka, esok,.

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya di laman sosial tweeter sama ada mereka akan ke Kuala Lumpur esok, menjawab, " Pemimpin Pakatan Rakyat akan hadiri".

Semalam, polis mengeluarkan senarai beberapa individu yang dilarang memasuki ibu negara termasuk Anwar, Mursiyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan seorang daripada 91 individu berkenaan mempersoal kenapa beliau dihalang untuk ke pejabatnya sendiri di bangunan PAS Jalan Raja Laut esok.

NONEKatanya, adalah tidak kena perintah larangan daripada majistret yang diperolehi polis, turut menghalangnya ke tempat kerja.

"Saya tak kisah kalau tidak dibenar ke tempat lain, tapi tak kan pejabat sendiri pun tak boleh," katanya kepada Harakahdaily.

Turut mempersoalkan tindakan kerajaan itu adalah ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok.

"Saya bekerja dan duduk dekat pusat bandar KL. Adakah perintah mahkamah tersebut menjadikan saya di bawah 'house arrest'?" tulis di tweeter.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved