Sabtu, 9 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Polis siasat ibupejabat SAPP kerana perkataan 'Bersih'

Posted: 09 Jul 2011 10:53 PM PDT

Ibupejabat Parti Maju Sabah (SAPP) di Kota Kinabalu menerima kunjungan mengejut pihak polis semalam - semuanya kerana terdapat perkataan tabu "Bersih" pada papan tandanya.

Perkataan tersebut adalah sebahagian daripada slogan "Bersih, Berani dan Benar".

Polis memberitahu kakitangan parti itu yang mereka tidak suka dengan perkataan "Bersih" pada papan tanda tersebut dan ingin tahu mengapa ia digunakan.

Mereka bagaimanapun tidak mempunyai bantahan terhadap dua lagi perkataan.

"Polis juga ingin tahu mengapa latar belakangnya warna kuning dan mengapa kita memilih 9 Julai untuk memulakan saluran radio dan TV online," kata ketua Pemuda SAPP, Chester Pang dalam satu kenyataan petang semalam.

melanie chia sapp sabah wanita 180509Ketua Wanita SAPP, Melanie Chia (kanan) - yang bergegas ke
ibupejabat parti selepas dimaklumkan bahawa kira-kira 20 anggota polis sedang menyoal ahli pemuda sejurus selepas tengah malam - berkata ia adalah satu gangguan.

Beliau dimaklumkan oleh Pang bahawa seorang pegawai polis telah menyoalnya berhubung rekabentuk dan slogan pada papan tanda yang dipasang di luar ibupejabat sebagai menandakan majlis pelancaran pada jam 1 tengahari semalam.

Kumpulan anggota polis itu beredar kira-kira sejam kemudian apabila Chia dan suaminya tiba.

"Mengapa BN begitu paranoid dengan perkataan Bersih dan warna kuning?" soalnya.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warkah terakhir: Selamat tinggal semua

Posted: 09 Jul 2011 10:12 PM PDT

Yong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian - seorang anggota kempen "Selamatkan Vui Kong" - sepanjang 12 minggu terakhirnya menghitung kematian. Dan ini adalah warkah terakhirnya.

Sebelum saya mulakan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang sedang menatap surat yang ke-12 ini. Masa berlalu begitu cepat dan ini merupakan surat saya yang terakhir.

Saya harap apabila anda selesai membaca surat ini, walaupun apa-apa
yang akan terjadi ke atas diri saya, anda akan terus menyokong kempen 'Kami Percaya pada Peluang Kedua'.

azlanUntuk surat terakhir ini, saya ingin menulis tentang bagaimana
perasaan saya dalam menunggu saat-saat kematian.

Pertama, saya merasakan bahawa kewujudan hukuman mati ini bukan hanya demi hukuman, tetapi sebaliknya, untuk membolehkan

pesalah memahami, dan berdepan sepenuhnya, dengan kesilapan yang telah dilakukan.

Ambil diri saya sebagai contohnya, saya sebenarnya bersyukur saya telah ditangkap kerana ia membolehkan saya memahami makna dan

tujuan sebenarnya kehidupan ini, dan telah membolehkan saya mencari kekuatan dalam diri ini. Saya ingat pernah menyebut tentang "diri ini" sebelum saya ditangkap - seorang yang tidak pernah benar-benar hidup sebelum.

Beberapa hari yang lalu, peguam saya, M Ravi, datang melawat saya. Beliau memberitahu saya bahawa beliau akan menghantar rayuan terakhir saya kepada presiden Singapura dalam beberapa hari. Itu adalah peluang terakhir saya.

Pada malam sebelum hukuman dilaksanakan, ramai penghuni menjalani hukuman mati, akan diber peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga mereka. Bagi kebanyakan mereka tidak mahu lagi memikirkan perkara lain, selain rasa kesengseraan sebelum menjalani hukuman mati.

Bagi kebanyakan pesalah hukuman mati, pada saat mereka diiring keluar dari sel, mereka sudah hilang kawalan emosi mereka dan dapat dapat lagi mengawal diri. Sebanyak mana pun kaunseling tidak akan dapat menenangkan mereka kerana sebaik sahaja melangkah keluar dari sel, mereka tahu mereka tidak akan kembali lagi untuk selama-lamanya.

Tetapi orang yang paling merasakan kesakitan itu adalah keluarga mereka. Saya tidak berani membayangkan bagaimana perasaan mereka ketika menunggu di luar untuk mengambil mayat orang yang amat mereka sayangi.

Jika esok malam terakhir saya

Bagi saya, jika esok adalah malam terakhir saya, maka saya juga tiada ada pilihan. Tetapi saya bersedia untuk menghadapi hakikat itu. Lagipun, saya yang membuat kesilapan, dan saya telah bertaubat.

Apakah saya takut? Saya benar-benar tidak tahu. Tetapi saya rasa mungkin tidak kerana saya mulai biasa dengan perasaan menghadapi kematian - jangan lupa, dalam tempoh empat tahun yang singkat ini, saya sudah banyak kali berdepan dengan kematian.

Sesungguhnya, saya telah beberapa kali "mati" sebelum ini. Pada tahun 2007, bila saya ditangkap, dan penemuan ajaran Buddha, telah membolehkan saya "dilahirkan semula". Pada 2009, apabila saya telah dijatuhi hukuman mati, dan peguam saya membantu saya untuk merayu terhadap hukuman saya itu.

Saya tidak akan meminta makan malam terakhir saya yang mahal-mahal. Saya rasa saya akan teruskan rutin tetap saya bangun pada waktu pagi untuk skrip Buddha saya dan bermeditasi, diikuti dengan sarapan pagi vegetarian saya sehingga tiba waktu malam, mengenakan pakaian terbaik yang dibeli saudara perempuan saya, mengucapkan selamat tinggal kepada tahanan lain, dan akhirnya tunduk kepada Tuhan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih saya.

Tetapi saya tidak benar-benar meluahkan perasaan saya kerana saya benar-benar tidak tahu bagaimana perasaan saya ketika melangkah ke arah tali gantung. Saya rasa tiada siapa pun yang benar-benar tahu.

Saya telah melalui tahap di mana saya rasa kehilangan, jahil dan penderitaan tetapi kerana amalan saya dalam ajaran Buddha, telah membolehkan saya membebaskan diri saya.

Saya juga berterima kasih kerana ramai yang bersedia untuk memaafkan saya. Mampu untuk hidup sehingga hari ini adalah merupakan satu anugerah terbesar pada diri saya.

NONESaya rasa keluarga saya telah dapat menerima diri saya bagi apa yang telah saya lakukan, dan apa jua yang akan berlaku selepas ini. Mereka bersyukur kerana saya berubah dan saya terus membaca dan mengamalkan ajaran Buddha.

Pengalaman pahit saya juga telah dapat memperbaiki hubungan di kalangan mereka dalam keluarga saya, terutama adik-beradik saya.

Tetapi saya kadangkalanya masih bimbang saat apabila ibu saya akhirnya mendapat tahu yang saya tiada lagi di dunia ini.

Saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Saya tidak akan dapat berkongsi cerita mengenai diri saya tanpa bantuan anda. Saya akan berdoa untuk anda, dan semoga semua dalam keadaan sihat dan bahagia.

Selamat tinggal.

YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori, kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved