Ahad, 10 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Hisham nafi polis bertindak ganas, amaran pada media

Posted: 10 Jul 2011 10:42 PM PDT

Berdepan dengan pelbagai dakwaan bertindak ganas sewaktu perarakan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, polis akan mengeluarkan rakaman visual bagi menafikan perkara tersebut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEBeliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka
"Wdalam media yang telah membuat 'dakwaan tidak berasas'.

"Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami. Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di Internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman hari ini.

Katanya, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 2Bagaimanapun, Hishammuddin enggan mengesahkan dakwaan keganasan polis, termasuk serangan gas pemedih mata dan meriam air
ke dalam kawasan Hospital Tung Shin Hospital pada hari Sabtu, serta dakwaan bahawa Baharuddin Ahmad - yang meninggal dunia selepas ditangkap oleh pihak polis semasa perarakan itu - telah dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.

"Kami mempunyai rakaman tertentu. Jika apa yang didakwa tidak mempunyai bukti, mereka yang melaporkannya ia akan dibawa ke muka pengadilan," katanya berulangkali apabila ditanya mengenai serangan gas pemedih mata dan meriam air di kawasan Hospital Tung Shin itu.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kajian: Golongan muda Islam keliru

Posted: 10 Jul 2011 10:25 PM PDT

Golongan muda Islam Malaysia secara umumnya keliru dan mendukung pandangan yang saling berkontradiksi.

Mereka antaranya didapati tidak minat politik namun mempunyai harapan tinggi terhadap demokrasi, demikian dirumuskan dalam pembentangan kajian terhadap harapan golongan tersebut hari ini.

Kajian bersama Merdeka Centre dengan sokongan Goethe Institut itu dijalankan ke atas lebih 1,000 orang warga Malaysia berusia antara 15 hingga 25 tahun.

Lebih 66 peratus daripada responden berpendapat, kegiatan dalam politik merupakan aktiviti tidak popular.

Jumlah yang sama juga belum mendaftar sebagai pengundi, manakala lebih 50 peratus mengaku bosan dengan politik.

Seramai lebih 44 peratus berpendapat, hanya golongan berwang yang akan berjaya dalam politik, namun seramai hampir 74 peratus setuju bahawa rakyat berkuasa untuk mengubah kerajaan yang tidak disukai.

Hampir 87 peratus juga percaya, negara perlu dipimpin oleh seorang tokoh yang kuat dan lebih 71 peratus percaya demokrasi yang kuat memerlukan parti pembangkang.

Tolak zina, porno, homo 100%

Seramai lebih 85 peratus daripada golongan ini tidak aktif dalam parti politik, tetapi lebih 55 peratus lagi aktif dalam NGO, kelab dan persatuan.

Lebih 70 peratus juga aktif dalam kegiatan di sekolah dan kolej.

Tindakan yang lebih popular ialah berkahwin (lebih 68 peratus) dan mendapatkan pendidikan tinggi (lebih 78 peratus).

Turut menarik perhatian, hampir 70 peratus berpendapat pemakaian tudung di kalangan wanita Islam adalah wajib dan hampir 73 peratus tidak bersetuju dengan amalan poligami.

Seramai lebih 62 peratus juga menganggap Osama bin Laden sebagai pejuang kebebasan, namun mereka menolak keganasan.

Seks sebelum kahwin, pornografi dan homoseksualiti juga ditolak hampir seratus peratus, menurut laporan yang dibentangkan di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

"Walaupun mengambil pandangan konservatif dalam isu agama dan moral, golongan muda Islam Malaysia tidak cermat dalam memenuhi keperluan agama seperti sembahyang lima waktu, membaca al-Quran dan puasa di bulan Ramadan," laporan tersebut dipetik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved