Jumaat, 22 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Zahid: Jangan buruk imej k'jaan dengan isu Scorpene

Posted: 23 Jul 2011 08:11 AM PDT

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002.

Ahmad Zahid Umno VPZahid diminta mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin di majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.

"Pembelian kapal selam merupakan sesuatu yang telus sebagaimana yang telah saya nyatakan di Parlimen. Harus ingat, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka, jangan ingat mereka boleh lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Ops Pasir Sabah di Pulau Danawan di Semporna.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya merasakan ada pihak tertentu yang mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.

"Jangan hanya menuduh sebelah pihak...Kami juga punya bukti bahawa mereka mempunyai niat jahat. Saya akan pertahankan ini. Mereka harus ingat, jangan ingat bahawa mereka sahaja yang benar," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan itu.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Isteri mahu RCI siasat punca kematian Sarbaini

Posted: 22 Jul 2011 10:56 PM PDT

Kecewa dengan siasatan polis, Maziah Manap, isteri allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, yang dijumpai mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di KualalLumpur mahu kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian suaminya itu.

sarbani wife lodge police report 230711 maziah manap and mokhtar mansur"Inkues tidak menyiasat secara serius kemungkinan ada unsur jenayah. Saya mahu Suruhanjaya Diraja. Ini kali pertama saya tuntut Suruhajanya Diraja," katanya selepas membuat laporan di balai polis Kelana Jaya pagi ini.

Maziah juga meminta polis menyiasat semula kes itu berikutan pendedahan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menulis di blognya bahawa seorang pegawai SPRM mengarahkan penolong pengarah Kastam itu berdiri di kaki lima tingkap bilik pantri sebagai 'hukuman' kerana menukar pengakuannya dalam kes rasuah yang disiasat.

Dakwanya, apa yang berlaku semasa inkues sekarang sama seperti yang didakwa oleh Raja Petra.

Raja Petra mendakwa pegawai SPRM itu dilaporkan berkata 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.'

NONEKata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.

Tulisnya lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved