Isnin, 25 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Suaram: Budaya 'terlepas hukuman' makin buruk

Posted: 25 Jul 2011 11:19 PM PDT

Budaya terlepas daripada hukuman yang dinikmati oleh polis dan agensi penguatkuasaan yang lain telah bertambah buruk, menurut laporan hak asasi manusia yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi tahun 2010.

NONEMeskipun aduan ke atas polis terus menimbun, namun bilangan mereka yang 'gemar melepaskan tembakan' terus meningkat setiap tahun.

Dalam mendedahkan fakta itu, pengerusi Suaram, K Arumugam (kiri) menjangkakan situasai berkenaan akan bertambah buruk kerana pihak berkuasa gagal menangani situasi hak asasi manusia.

"Situasi hak asasi manusia tahun depan akan bertambah buruk kerana mereka yang berkuasa tidak mahu mengubah. Mereka terus berpaut untuk berkuasa dan bukannya berjuang untuk kebebasan," kata aktivis hak asasi itu.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SPRM pamerkan bilik soal-siasat baru

Posted: 25 Jul 2011 10:57 PM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuktikan keseriusan mereka melaksanakan cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan mempamerkan kepada media bilik soal-siasatnya yang baru yang terletak di bahagian bawah tanah di Putrajaya.

NONETiga puluh enam bilik soal-siasat seumpama itu yang bernilai kira-kira antara RM140,000 dan RM160,000 setiap satu akan didirikan di seluruh negara bagi membuktikan ketelusan SPRM ketika mencatatakan rakaman daripada saksi dan mereka yang dituduh.

Pengarah siasatan SPRM Mustafar Ali berkata sistem yang sama diguna-pakai oleh pihak berkuasa anti rasuah di Hong Kong.

"Saksi atau tertuduh akan dibawa ke bilik soal-siasat, di mana kenyataan mereka akan dirakamkan secara visual dan audio melalui peralatan rakaman.

NONEBagi suspek, kami akan bekalkan sesalinan rakaman itu. Bagi saksi, kami akan mengemukakan salinan rakaman, jika mereka tidak beri kerjasama ketika beri keterangan di mahkamah," kata Mustafar.

Dengan langkah ini, beliau berharap reputasi SPRM sebagai badan pencegah rasuah dapat dipulihkan.

"Sebenarnya, moral kami tetap tinggi di sebalik saranan RCI," kata Mustafar ketika membawa wartawan melihat bilik soal-siasat yang bercorak seperti bunker di paras B1 ibu pejabatnya di Putrajaya.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved