Rabu, 27 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


MIC: Tahanan PSM6 beri kesan kepada BN pada PRU-13

Posted: 27 Jul 2011 10:46 PM PDT

Penahanan berterusan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) menarik "perhatian dunia" dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang, kata presiden MIC Datuk G Palanivel .

NONE"Jika awak tonton televisyen setiap hari, ada demonstrasi (di luar negara) dan polis menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan semua (untuk menyuraikan orang ramai).

"Tetapi kemudian, mereka akan disuruh berbaris dan dimasukkan ke dalam lori dan dibawa ke balai polis (di mana penunjuk perasaan) akan dikurung selama tiga atau empat jam sebelum dibebaskan," kata Palanivel pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun dalam kes ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan lima yang lain, mereka ditahan kerana menjadi "penggerak utama" perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, beliau berkata tindakan kerajaan itu hanya memburukkan imej negara.

"Perwakilan rakyat yang dilantik itu akan masih dalam tahanan dan semasa pilihan raya, mereka tidak perlu keluar untuk berkempen - mereka boleh terus menetap di penjara dan menang kerana rakyat akan mengundi mereka," katanya.

Bimbang dengan sentimen rakyat berhubung penahanan itu, Palanivel menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, supaya fokus untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya ke-13 ini.

Palanivel berkata beliau sedar tindakan kerajaan itu terus menerima bidasan dari dalam dan luar negara dan telah berhubungan dengan Najib beberapa hari lalu dan meminta tahanan itu dibebaskan.

NONEIni kali pertama seseorang ahli parlimen ditahan mengikut Ordinan Darurat yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari. Penahanan itu boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, sama seperti peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang sedang dipinda.

Selain Jeyakumar, anggota PSM yang ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu adalah M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu.

PSM6 itu pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembantu MP kecam dikait dengan keganasan

Posted: 27 Jul 2011 10:32 PM PDT

Setiausaha politik kepada ahli parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin - Fareez Kamal Iltizam - hari ini mengecam kempen dalam talian oleh penulis blog pro-Umno yang menggambarkan dirinya sebagai seorang pengganas selepas penangkapannya di KL Sentral semalam.

NONEFareez Kamal menyifatkan penulis blog tersebut sudah
melampau apabila menuduh beliau cuba membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hab pengangkutan itu.

Fareez - ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) - serta sembilan orang lagi, ditahan selepas mereka - sebahagian besarnya berpakaian kuning - cuba mendekati Najib untuk menyerah memorandum tuntutan pembaharuan pilihan raya BERSIH 2.0.

"Dalam tempoh 24 jam penangkapan saya, saya telah teruk diserang dalam Twitter, Facebook dan blog pro-Umno yang mendakwa saya ditahan kerana cuba mensabotaj program pengagihan Jalur Gemilang," katanya.

NONEMalah, katanya, ada juga mengatakan beliau merancang untuk mencedera atau membunuh perdana menteri kerana beliau adalah pengasas NGO Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia.

"Dear PM, nama saya Fareez. Dan saya bukan seorang pengganas," katanya merujuk kepada sebuah filem popular Hindi di mana seorang lelaki bertemu presiden Amerika Syarikat untuk menunjukkan bahawa tidak semua umat Islam adalah pengganas.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved