Khamis, 28 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Rosmah: Dakwaan beli cincin RM24 juta fitnah

Posted: 28 Jul 2011 08:12 PM PDT

Setelah dua minggu khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.

NONE"Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

"Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

"Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharin14 Julai lalu, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh Rosmah.

Bantu rakyat

Menurutnya berdasarkan maklumat yang diterima SAMM, berlian yang dikenali sebagai"Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini.

Badrul Hisham berkata beliau juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

NONERosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan pembelian cincin bertatahkan berlian itu.

Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

"Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka," kata Rosmah.

Malaysiakini baru-baru ini ada menghubungi Airoceanic Express Sdn Bhd - yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut. Bagaimanapun syarikat berkenaan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PERKASA batal himpunan - elak Melayu bertembung

Posted: 28 Jul 2011 07:07 PM PDT

Presiden PERKASA Ibrahim Ali mendakwa beliau membatalkan perhimpunan 9 Julai bagi membantah perarakan BERSIH 2.0 pada minit terakhir bagi mengelakkan pertembungan di kalangan orang Melayu.

NONEDakwanya beliau mengeluarkan arahan berkenaan kepada penyokong PERKASA kira-kira 90 minit sebelum mereka sepatutnya berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 2.30 petang Sabtu itu.

Menurut Ibraham, keputusan menarik diri itu dibuat selepas kira-kira 50 ahlinya yang dihantar sebagai penyamar menyelinap di kalangan penyokong BERSIH 2.0 bagi memantau perkembangan pada hari tersebut.

"Mereka beritahu saya, peserta (BERSIH 2.0) adalah orang Melayu. Cina hanya sedikit, mungkin satu atau dua peratus, dan India lagi tidak ramai.

NONE"Saya tanya mana (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka kata tak ada. Kemudian, saya tanya siapa yang ada? Mereka kata (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) dan (presiden PAS) Abdul Hadi Awang," kata Ibrahim.

"Jika kita (PERKASA) berkumpul, kita tidak boleh menahan penyokong kita daripada berarak, dan akan berlaku pertembungan di kalangan orang Melayu," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Keputusan 'berani'

Ibrahim juga mendakwa dua faktor lain yang mempengaruhi keputusan 'berani' yang diambilnya itu bagi membatalkan perhimpunan PERKASA adalah kerana menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu demonstrasi jalanan diadakan.

bersih rally petaling street 090711Pada masa yang sama, dakwanya PERKASA tidak mahu menambahkan beban polis yang terpaksa berdepan dengan perhimpunan haram BERSIH pada hari berkenaan.

"Jadi mengambil kira titah Agong dan Sultan, dan demi orang Melayu serta menyedari polis sibuk mengawal BERSIH, jadi saya buat keputusan berani supaya perhimpunan (PERKASA) tidak diadakan. Saya batalkan perhimpunan pada jam 1 petang.

"Jika saya teruskan pada hari itu, dengan senang saya boleh kumpulkan 3,000 orang. Apabila saya batalkan perhimpunan itu, di Titiwangsa sudahpun berada 300 ahli PERKASA," dakwanya.

Sambil menafikan dirinya itu pengecut dan dakwaan bahawa PERKASA gagal mengumpulkan penyokongnya, Ibrahim, 61, yang juga ahli parlimen Bebas bagi Pasir Mas berkata menjelang 9 Julai, 15,000 orang telah berdaftar bagi menyertai perhimpunan itu.

bersih rally petaling street 090711Ibrahim bagaimanapun mengakui pada hari tersebut beliau berada di rumah dan berulang-kali menafikan ahli PERKASA adalah penakut dan mendakwa semua penyokongnya telah bersiap-sedia dan hanya menunggu arahannya.

Malah, dakwanya mereka yang membuat tuduhan seumpama itu adalah golongan yang sakit, bodoh dan banggang yang cuba memprovokasikan dirinya.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved