Jumaat, 29 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Shahrizat sedih k'jaan tak sempat bantu Ashraf

Posted: 29 Jul 2011 10:37 PM PDT

Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia, awal pagi tadi.

Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, jam 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Shahrizat berkata, kementerian sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

NONE"Kita dari mula lagi rasa prihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang," katanya sebaik tiba di pejabat Wanita Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba," tambahnya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.

"Kita harap keluarganya menerima takdir ini dengan hati terbuka dan jika keluarganya memerlukan bantuan, diharapkan dapat menghubungi saya (Shahrizat) atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin," katanya.

Menurut beliau, ajal yang telah ditentukan Allah tidak memungkinkan pihaknya yang menawarkan bantuan bimbingan kepada Mohd Ashraf dapat ditunaikan kerana pemergian mengejutkan itu.

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaAllahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lalu dan menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pesakit mental dikenal pasti bakar HKL

Posted: 29 Jul 2011 10:34 PM PDT

Kebakaran yang berlaku di Bilik Isolasi Pesakit Mental, Jabatan Kecemasan Hospital Kuala lumpur (HKL), awal pagi semalam dikenal pasti berpunca daripada tindakan seorang pesakit mental memulakan kebakaran dengan menggunakan pemetik api yang ada padanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata punca kejadian pada 12.30 pagi itu diketahui melalui pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV) di bilik itu.

Katanya ekoran itu api merebak dengan pantas serta mengeluarkan asap tebal sehingga menyebabkan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan tergendala.

"Petugas hospital cuba memadamkan api dengan alat pemadam api dan mengeluarkan pesakit. Bagaimanapun api merebak dengan pantas sehingga meragut nyawa pesakit mental berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Hasan berkata, sebelum kejadian, pesakit mental itu yang bertindak agresif telah dibawa oleh polis dengan diringi dua anggota keluarga ke Jabatan Kecemasan pada 10.15 malam.

Beliau berkata pesakit itu yang pernah menerima rawatan di HKL ditempatkan di Bilik Isolasi Pesakit Mental selaras dengan Prosedur Operasi Standard bagi pesakit mental yang agresif.

Katanya pesakit lain serta petugas Jabatan kecemasan telah dipindahkan keluar sehingga api berjaya dipadamkan oleh anggota pasukan Bomba dan Penyelamat jam 12.55 pagi.

Dr Hasan berkata kejadian itu menyebabkan perkhidmatan di jabatan itu tergendala selama 94 minit dan disambung semula pada 1.20 pagi dan kerosakan hanya melibatkan bilik tersebut.

"Tidak ada pesakit lain atau kakitangan hospital yang tercedera akibat kebakaran. Pemeriksaan bedah siasat pada mayat pesakit itu mendapati punca kematiannya adalah "tersedut asap tebal"," katanya.

Dr Hasan menjelaskan bahawa kematian berpunca kebakaran hanya melibatkan pesakit mental itu sahaja dan bukan dua orang seperti dilaporkan sesetengah akhbar tempatan.

Katanya ini kerana dua kematian lain di unit berkenaan pada ketika itu adalah akibat kemalangan jalan raya.

"Pihak kementerian kesal dengan kebakaran itu dan melahirkan rasa simpati kepada anggota keluarga yang terlibat dan kementerian juga akan membuat penambahbaikan dan tindakan bersesuaian jika hasil siasatan mendapati sebarang kelemahan dalam pengendalian kes," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved