Selasa, 5 Julai 2011

Malaysiakini :: Surat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Orang baik ancam ketenteraan awam?

Posted: 05 Jul 2011 03:14 AM PDT

Pandangan aku terhadap seorang sahabat yang aku kenal enam tahun iaitu saudara Choo Chon Kai, seorang yang mengancam ketenteraan awam dan ditahan bawah Ordinan Darurat

Aku kenal Choo Chon Kai sejak tahun 2005 apabila aku memasuk Universiti Saians Malaysia (USM). Aku kagum Chon Kai kerana cara hidup dan pilihan untuk kehidupan dia.

Dia telah memilih satu jalan yang jarang orang akan memilih. Dia bekerja dengan dengan pertubuhan masyarakat sivil iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang memperjuangkan untuk hak asasi dan demokrasi.

Dia bersama dan membantu rakyat-raykat yang hak mereka dirampas seperti golongan pekerja, pelarian dari Acheh dan negara lain, mengumpul sejarah-sejarah pilihan raya kerajaan tempatan dan sebagainya.

Sebelum terlibat dalam Suaram, dia pernah dituduh bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) bersama presiden Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) kerana dia mengeluarkan kenyataan akhbar selaku setiausaha agung PBT untuk mengkritik pihak universiti yang mengambil tindakan tatatertib terhadap pasukan debat.

Dia bersama mahasiswa yang diambil tindakan tatatertib yang tidak munasabah iaitu gantung satu semester.

Selepas lima tahun bekerja di Suaram, dia mula pekerjaan yang tidak tetap untuk meluangkan lebih banyak masa untuk bersama rakyat terutamanya golongan miskin.

Dia bersama dengan beberapa sahabat telah menubuhkan Pusat Perkhidmatan Pekerja Tanjung untuk membekalkan bantuan kepada golongan pekerja, mengedarkan risalah-risalah kesedaran hak pekerja dan sebagainya.

Dari dulu sehingga kini, dia masih sentiasa membawa motor, melintas jambatan Pulau Pinang ke Kulim untuk melawat pekerja perladangan yang diusir secara paksaan, bersama mereka untuk mendapat pampasan yang munasabah. Dia juga terlibat dengan komuniti-komuniti lain tentang masalah mereka masing-masing.

Entah bila, Chon Kai mula bekerja sebagai pembantu separuh masa kepada ahli parlimen Sungai Siput iaitu Dr Michael Jayakumar Devaraj. Tetapi kerja-kerja perjuangan rakyat di Pulau Pinang masih diteruskan.

Oleh itu, dia akan pergi pulang antara Pulau Pinang dan Sungai Siput untuk bersama dan berkhidmat rakyat setiap minggu.

Dia juga seorang artis berjiwa rakyat, dia bersajak, menyanyi, menulis lirik lagu, isu-isu semasa, serta komen-komen wayang demi masalah-masalah dan penyelesaian untuk rakyat. Aku ingin berkongsi sebuah lirik lagu yang ditulis oleh dia berdasarkan lagi perjuangan Korea Selatan.

Peluh yang kita taburkan
Diperas oleh yang kaya
Pembangunan kita usaha
Dicuri oleh yang tamak

Pekerja sedunia bersatu
Menentang Penindasan
Bangkitlah kaum tertindas
Bersama kita melawan

Demi dunia yang adil
Kita sudi korban
Demi perjuangan akhir
Kita laungkan

Rakyat pasti berkuasa
Memimpin perubahan
Pembebasan sebenar
Untuk semua!

Bagi aku, Saudara Choo Chon Kai, seseorang yang aku kenal selama enam tahun. Dia ialah seorang yang sentiasa bersama rakyat lintas etnik, agama, gender, sempadan negara untuk berjuang masyarakat dan kehidupan yang lebih baik. Bagi dia, setiap orang adalah manusia, yang miskin kita perlu tolong.

Itulah Choo Chon Kai yang aku kenal. Dia telah dituduh mengancam ketenteraman awam negara dan ditahan dibawah Ordinan Darurat. Ini adalah akta yang zalim, akta yang memberi kuasa kepada kerajaan, menahan seseorang tanpa bicara.

Kerajaan kini sudah takut menggunakan ISA terhadap aktivis politik kerana ia nampak jelas sekali kerajaan mengguna akta zalim untuk mengukuhkan kuasa.

Itulah hasil kempen rakyat untuk membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak diluluskan dalam Parlimen. Rakyat telah mencipta satu impak besar pada tahun 2009, iaitu berpuluh-puluh ribu rakyat turun ke jalan raya untuk tuntutan memansuhkan ISA.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersihkan negara dari pengkhianat rakyat

Posted: 04 Jul 2011 07:49 PM PDT

Rata-rata di dalam dada akhbar dan layar televisyen telah memaparkan kepada kita betapa buruknya BERSIH 2.0. Perhimpunan Bersih kali ini merupakan perhimpunan yang kedua kesinambungan dari perhimpunan Bersih yang pertama pada tahun 2007.

Perhimpunan yang pertama telah menunjukkan kepada kita perhimpunan pada ketika itu telah diakui oleh semua pihak berlaku dalam keadaan yang aman.

Justeru perhimpunan Bersih kedua pada kali ini kenapa perlu dihalang?Adakah menjadi kesalahan jika rakyat dan anak muda berhimpun?

Saya selaku Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia berpendapat perhimpunan ini wajar dilakukan kerana bukti perhimpunan lepas adalah aman dan tiada sebab pihak tertentu sepeti Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengharamkan perhimpunan ini. Ini adalah hak rakyat untuk berhimpun.

Perhimpunan ini adalah tuntutan daripada rakyat supaya perjalanan Pilihanraya Umum berjalan dalam keadaan Bersih dan tiada campur tangan dari pihak luar.

Pihak kerajaan jangan sesekali mengugut mahasiswa supaya jangan turun. Saya mewakili front mahasiswa akan terus menggesa dan mewajibkan semua mahasiswa untuk turun dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini demi menyatakan kebersamaan kami. Kami tidak akan sesekali takut dan gentar dengan setiap ugutan dari pihak yang mengharamkan Bersih 2.0 ini.

Segala paparan yang ditunjukkan dalam akhbar dan televisyen adalah berat sebelah yang dimainkan oleh kerajaan dalam memburukkan Bersih 2.0. Tidak sekalipun pihak Bersih 2.0 ini diberi ruang untuk menjelaskan isu perhimpunan ini. Kerajaan telah mencabul stesyen penyiaran dari belakang supaya stesyen penyiaran mengikut telunjuk kerajaan ibarat seperti lembu dicucuk hidung .

Mahasiswa secara amnya dan Gamis secara khususnya menyatakan sokongan yang jitu untuk Bersih 2.0 ini kerana perhimpunan ini adalah agenda rakyat. Kami akan bersama-sama rakyat dalam meneruskan agenda ini supaya kerajaan tahu dengan kuasa rakyat dan mahasiswa akan menumbangkan kerajaan yang menindas rakyat.

Kami ini adalah merupakan sebahagian daripada entiti rakyat. Saya berpesan kepada kepada pihak kerajaan jangan sesekali membodohkan rakyat dan mahasiswa dengan mempergunakan 'lembu-lembu' yang dipegang oleh 'pencacai' dalam menghalang kebangkitan rakyat yang sudah cerdik.

Penulis adalah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 10/11

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved