Ahad, 7 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Salah tangkapan: Mahfuz, Salahuddin saman k'jaan

Posted: 07 Aug 2011 10:03 PM PDT

Naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan persekutuan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kerana "salah tangkapan" semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Turut dinamakan sebagai responden adalah Ketua Polis Daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan pegawai polis yang menangkap mereka Inspektor Mohd Zaid Madzizat.

NONEDalam saman sivil berasingan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mereka mendakwa tangkapan itu telah memfitnah dan memalukan mereka.

Saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Kedua-dua naib presiden PAS itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Selain itu, mereka juga menuntut faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh.

Gambaran buruk

Pada sidang medianya, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena memberitahu saman itu dibuat sebagai memberi peringatan dan pengajaran kepada pihak kerajaan agar tidak melakukan sesuatu sesuka hati di luar undang-undang.

NONE"Kami anggap tangkapan ini telah memberi gambaran buruk kepada kami seolah-olah kami melakukan kesalahan.

"Jumlah tuntutan gantirugi kita akan bincang dengan peguam," katanya.

Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian pula turut sependapat bahawa tindakan saman itu sebagai teguran kepada kerajaan dan pihak polis.

"Ini bukan untuk diri kami tetapi sebagai teguran agar kerajaan bertindak secara adil," katanya.

Mereka sebelum ini mendakwa penahanan mereka di KL Sentral ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

NONEMereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang.

Sepanjang dalam tahanan juga, pihak polis tidak mengambil apa-apa keterangan daripada mereka dan juga tidak diberitahu sebab-sebab penahanan mereka.

Mereka juga tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.

Berikutan tindakan di luar undang-undang itu, kedua-dua merekatelah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ambiga: SPR akan buat perubahaan jika ditekan

Posted: 07 Aug 2011 09:41 PM PDT

Selepas mendapat sokongan meluas daripada ribuan rakyat pelbagai lapisan masyarakat pada perhimpunan 9 Julai lalu, BERSIH 2.0 meneruskan tekanan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melakukan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Namun, pada dua perdebatan di antara pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dengan timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini, tidak menunjukkan ada tanda-tanda SPR mempunyai komitmen bagi mengusahakan sebarang pembaharuan atas alasan suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa perundangan bagi berbuat demikian.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Justeru, ramai penyokong BERSIH 2.0 mencadangkan supaya gabungan itu memindahkan fokus mereka kepada kerajaan BN yang memiliki kuasa majoriti di Parlimen bagi meminda undang-undang sebelum pembaharuan boleh dijalankan.

Bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Ambiga berkata beliau masih menaruh harapan pada suruhanjaya berkenaan bagi melakukan pembaharuan.

"Saya masih menaruh harapan. Saya masih berharap perkara akan berubah," katanya dengan nada tegas.

NONEBekas presiden Majlis Peguam itu berkata perlembagaan persekutuan meletakkan pesuruhjaya pilihan raya pada kedudukan yang setaraf dengan hakim mahkamah persekutuan, justeru meninggalkan SPR daripada menuntut pembaharuan adalah satu kesilapan.

"Saya fikir kita mungkin perlu berunding dengan kedua-dua mereka (SPR dan parti pemerintah). SPR mungkin berpendapat mereka tidak mempunyai kuasa, kita tidak bersetuju, kadang-kadang ini adalah persoalan menyerahkan kuasa dan kita mesti terus memujuk mereka bahawa hakikatnya mereka mempunyai lebih banyak kuasa daripada yang mereka sedari.

azlan"Pada pandangan saya, mereka badan yang bertanggungjawab. Memindahkan fokus daripada mereka adalah satu kesilapan kerana anda akan menghantar mesej bahawa mereka tidak bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya di negara ini dan ini saya kurang bersetuju.

"Saya fikir mereka bertanggungjawab sepenuhnya dan banyak perkara yang boleh mereka lakukan dan saya fikir jika mereka mengambil pendirian tidak memihak kerajaan, mereka terpaksa lakukannya kerana mereka badan yang bebas dan sepatutnya berbuat demikian," kata Ambiga.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved