Selasa, 9 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


20 Okt bicara pampasan tanah Tan Hak Ju

Posted: 09 Aug 2011 10:11 PM PDT

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 20 Okt depan bagi perbicaraan permohonan pemilik tanah Tan Hak Ju kepada kerajaan negeri agar membayar keseluruhan baki wang pampasan sebanyak RM26 juta.

Sebelum ini kerajaan negeri telah mendepositkan pampasan sebanyak RM14 juta kepada Tan berikutan pembatalan pemajakan tanah seluas 4.3 hektar untuk dijadikan perusahaan kuari pada tahun 2005.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam menetapkan tarikh itu memandangkan Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh mendengar rayuan kerajaan negeri untuk mengetepikan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan pampasan sebanyak RM40 juta kepada Tan.

Pada prosiding hari ini, Tan diwakili peguam Y C Wong manakala kerajaan negeri diwakili peguam Muhd Ilmami Ahmad.

Sementara itu, Muhd Ilmami yang ditemui pemberita di luar kamar mahkamah selepas prosiding itu memberitahu Mahkamah Rayuan berkemungkinan akan mendengar rayuan yang dikemukakan kerajaan negeri pada September ini.

Namun, katanya mahkamah belum menetapkan tarikh yang sesuai bagi mendengar rayuan itu.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mufti harap Uthman tak dolak-dalik

Posted: 09 Aug 2011 10:05 PM PDT

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini meminta penceramah terkenal Dr Muhammad Uthman El-Muhammady supaya tidak "berdolak-dalik" berhubung undangan berdialog berhubung isu Wahabisme dan terorisme.

NONE"Dalam surat (undangan) kita tidak sebut sama ada tertutup atau terbuka. Kita tak sebut tarikhnya.

"Kita kata dia boleh piliha tariknya sepanjang bulan Ramadan ini. Kita dah beri cek kosong kepada dia," kata Dr Juanda (kiri).

"Kita ajak dia berdialog, tak perlulah beri jawapan falsafah."

Semalam, Dr Uthman dilapor menafikan beliau menolak undangan dialog Dr Juanda susulan pembentangan kontroversinya dalam taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Sebaliknya, Uthman berkata, beliau mahu dialog itu diadakan secara tertutup dengan penganjurannya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dihadiri pakar yang turut dipilih Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Persidangan pakar

Dr Uthman (bawah) berkata, isu itu tidak patut dibincangkan secara terbuka kerana ia melibatkan keselamatan negara dan boleh menggugat hubungan baik antara negara.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammadyBercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berkata, walaupun tidak disebut secara jelas bahawa Dr Uthman menolak undangan itu dalam suratnya, kesimpulan itu dapat dibuat berdasarkan "alasan-alasan yang diberikan".

"Maksudnya begitulah," katanya sambil ketawa kecil.

Beliau juga menegaskan sangat berharap dialog itu akan menjadi kenyataan kerana pihaknya berniat baik dan tidak mempunyai sebarang prejudis terhadap Dr Uthman.

Bagaimanapun, menyifatkan kenyataan terbaru Dr Uthman itu seperti penuduh yang "membuat tuduhan, meletakkan pengadil sendiri dan membuat keputusan sendiri".

Malaysiakini difahamkam, Dr Uthman dalam surat balasannya meminta jabatan mufti Perlis memohon Jakim dan MKN untuk mengadadakan "persidangan pakar" bagi menangani "kebocoran rahsia" dan menyelesaikan masalah salah tanggap.

Beliau dikatakan tidak memberikan jawapan jelas sama ada menolak atau menerima undangan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved