Jumaat, 12 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Rumusan Pakatan menang besar tak tepat, kata KJ

Posted: 12 Aug 2011 10:31 PM PDT

Metodologi yang digunakan untuk merumuskan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang tidak tepat, kata ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

NONEBercakap kepada Malaysiakini semalam, Khairy berkata ini adalah kerana kesan BERSIH 2.0 tidak mungkin dirasai di kawasan luar bandar mahupun di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan.

"Kita (BN) tidak syak lagi bahawa BERSIH memberi kesan, dan kita sedar akan ini, tetapi hanya di kawasan tertentu. Di kerusi luar bandar, ia tidak tepat.

"Untuk mengatakan bahawa sehingga 20 (BN) kerusi akan tumbang terlalu memperbesarkan kesannya," katanya ketika dihubungi.

Khairy diminta mengulas rumusan penganalisis politik Wong Chin Huat yang mendakwa kesan BERSIH 2.0 akan menyaksikan Pakatan Rakyat mampu menambahkan jumlah kerusi parlimennya daripada 75 kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang.

azlanMenurut Wong, kekasaran ke atas peserta BERSIH yang menuntut pilihan raya adil dan bersih itu oleh pihak berkuasa juga akan mempengaruhi pengundi atas pagar bagi membuang undi protes terhadap BN, jika tidak pun mengundi untuk Pakatan Rakyat.

Dengan mengandaikan tiada penyelewengan pada pilihan raya itu, Wong berkata ini boleh menyebabkan kejatuhan 20 daripada 30 kerusi marginal yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, antara kerusi yang terjejas itu kebanyakannya terletak di bandar atau separa bandar, dan juga kerusi luar bandar di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan, khususnya di Terengganu di mana PAS mempunyai penyokong akar umbi yang ramai.

Bagi Khairy, kerusi luar bandar yang disenaraikan termasuk parlimen Sungai Besar di Selangor, sepatutnya tidak berada di dalam senarai tersebut.

Katanya, impak sebenar BERSIH 2.0 hanya boleh diukur beberapa bulan selepas perhimpunan itu kerana pengundi juga akan mempertimbangkan bagaimana tindakan kerajaan mengendalikan tuntutan supaya reformasi pilihan raya diadakan.

NONE"Perhimpunan itu sendiri tidak mencerminkan pendapat orang ramai," katanya.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN berkata terdapat isu lain yang akan membentuk sentimen pengundi.

"Isu-isu ekonomi membabitkan semua. Peningkatan kos sara hidup mempunyai kesan yang lebih besar daripada BERSIH 2.0," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PKR: Ugutan Ezam ke atas M'kini 'perbuatan jenayah'

Posted: 12 Aug 2011 09:57 PM PDT

Ancaman Senator Ezam Mohd Nor untuk membakar dua portal berita adalah "perbuatan jenayah" dan pihak polis serta peguam negara perlu bertindak segera ke atasnya, kata naib presiden PKR, N Surendran.

NONE"Kami terkejut bahawa seorang ahli Dewan Negara sanggup mengeluarkan kata-kata seumpama itu dan mengancam secara terbuka untuk melakukan perbuatan jenayah.

"Ini adalah satu ancaman yang keterlaluan ke atas harta dan pejabat kedua-dua portal berita ini; lebih serius lagi ancaman itu juga boleh mendatangkan kecederaan parah atau mungkin kematian terhadap kakitangan, penulis dan penghuni lain," kata Surendran dalam satu kenyataan petang semalam.

Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ezam pada perhimpunan di masjid Shah Alam semalam yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

NONE"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," kata Ezam.

Menurut Surendran, ancaman secara terang-terangan itu adalah satu kesalahan jenayah di bawah undang-undang negara ini.

"Pihak polis dan Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera terhadap Ezam Mohd Nor di bawah Seksyen 503 dan 505 Kanun Keseksaan kerana ugutan berunsur jenayah."

Naib presiden PKR itu juga menggesa Umno bagi menghormati kebebasan rakyat bersuara dan ucapan seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Amat mengganggu bahawa seorang senator dari Umno, yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, mengancam untuk merusuh dan membakar pertubuhan media berita."

Ezam, bekas ahli PKR dan sekutu rapat ketua umum PKR Anwar Ibrahim, berpaling tadah dan menyertai semula Umno setelah pergeseran pahit dengan ketua pembangkang itu.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved