Ahad, 14 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Isu gereja: Islam benar guna kuasa, kata NGO

Posted: 14 Aug 2011 11:26 PM PDT

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) terus membela tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggunakan kuasa yang ada padanya ketika memeriksa sebuah gereja di Petaling Jaya.

NGO Islam itu sekali gus menolak pandangan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin bahawa Islam ditegakkan dengan hujah semata-mata.

azlanIni kerana, menurut Pengerusi Biro Latihan Kepimpinan ISMA Mohd Hazizi Abdul Rahman, kenyataan itu tidak tepat dan dikhuatiri mengundang salah faham di kalangan masyarakat.

"Ini kerana Islam tertegak atas dua tonggak iaitu al-Quran dan Sultan, yakni hujah dan kekuasaan," kata Hazizi dalam kenyataannya hari ini.

Hazizi mempertahankan hujahnya dengan memetik kata-kata Saidina Uthman bin Affan yang berbunyi: "Sesungguhnya Allah melarang dengan kuasa sesuatu yang tidak terlarang dengan al-Quran".

"Sewaktu fasa Mekah, Rasulullah SAW berjihad dengan hujah dan penerangan.

"Namun semasa fasa Madinah, setelah baginda berkuasa, baginda berjihad dengan hujah dan kekuatan (undang-undang, penguatkuasaan dam peperangan) secara serentak," tambah Hazizi.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kes putera mohon penjarakan bonda selesai

Posted: 14 Aug 2011 11:12 PM PDT

Anak saudara Sultan Selangor, Putera Azamuddin Shah Abdul Shah yang sebelum ini membuat permohonan komital terhadap bondanya sendiri, menarik balik permohonan tersebut hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Amelia Tee Hong Geok Abdullah membenarkan permohonan Putera Azamuddin Shah tanpa sebarang kos dalam kamar di Kuala Lumpur dengan dihadiri peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah dan peguam Jabeer Singh, mewakili Tengku Putri Arafiah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Rajan memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan pertikaian secara baik dan terma-terma yang dipersetujui dirahsiakan.

Pada 8 Jun lalu, Putera Azamuddin Shah memohon perintah komital untuk memenjarakan bondanya kerana gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta.

Mengikut notis usul, Putera Azamuddin Shah berkata mahkamah telah membenarkan permohonannya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19 April lalu, dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu.

Bagaimanapun, putera itu mendakwa bahawa bondanya sehingga kini dengan sengaja tidak berbuat demikian dan ini jelas mengingkari perintah mahkamah.

Afidavit sokongan Putera Azamuddin Shah menyatakan bahawa bondanya telah bersetuju untuk membeli kesemua 100,000 unit saham miliknya dalam syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved