Isnin, 15 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


PKR lapor SKMM pada blog pro-Umno

Posted: 15 Aug 2011 10:48 PM PDT

ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia (SKMM) berhubung satu dakwaan "fitnah" yang disiarkan dalam satu laman blog pro-Umno.

Laporan berkenaan susulan dakwaan dokumen palsu oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan "Ops Sita" ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

NONEDokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya" itu dimuatkan di laman blog berkenaan sejak 13 Ogos lalu.

Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada Nik Nazmi (gambar atas, kiri sekali).

Arahan yang sama juga didakwa dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang dinamakan dalam dokumen berkenaan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta tiga orang exco -- Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Teresa Kok.

"Ini hanya dokumen olok-olok yang direka oleh blogger Umno yang terdesak," kata Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi PKR.

Maklumat salah

Tambahnya, dokumen berkenaan tidak wujud dan direka sebagai fitnah kepada Pakatan.

"Saya yakin (penulis blog ini) orang Islam. Mengata ini berdosa, fitnah lagi berdosa. Jadi baik dia jaga puasa dan solat dia sendiri," kata Nik Nazmi lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR itu hari ini.

Tambahnya, dokumen berkenaan juga mempunyai maklumat yang sama sekali salah, terutama berhubung gereja yang didakwa akan disita itu.

Dokumen berkenaan antara lainnya menyebut gereja DUMC terletak di Damansara Utama, sedangkan gereja itu terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Blogger Umno dibayar gaji mahal (tapi) tak buat research (kajian) yang betul untuk buat fitnah," katanya lagi.

Ketika ditanya, Nik Nazmi berkata pemimpin Pakatan yang terlibat akan membincangkan sama ada akan mengambil tindakan sama ke atas penulis blog tersebut.

Ahli majlis lapor polis

Sementara itu, Wong turut menafikan bahawa beliau telah membuat panggilan kepada MBPJ seperti yang didakwa dalam dokumen berkenaan.

Malah, portal Malaysiakini yang turut disebut dalam dokumen berkenaan juga "langsung tidak call saya pada hari itu," katanya lagi dalam sidang media sama.

Dokumen tersebut mendakwa, Elizabeth Wong telah memaklumkan kepada jabatan MBPJ tersebut pada pagi 11 Ogos lalu bahawa "wartawan Malaysiakini akan menghubungi (jabatan berkenaan) dan diarahkan membuat penafian."

Sejurus kemudian, wartawan Malaysiakini membuat panggilan kepada jabatan tersebut "dan penafian dilakukan sepertimana diarahkan."

Mengulas lanjut, Elizabeth berkata "apa yg dicatat itu tak betul. Saya tak pernah buat panggilan telefon kepada MBPJ pada hari tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang ahli majlis MBPJ, Latheefa Koya dalam tulisannya di Twitter hari ini berkata, satu laporan polis akan dibuat ke atas penulis blog tersebut, berhubung dakwaan fitnah tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

JK reformasi bukan kerana sistem pilihan raya tak baik

Posted: 15 Aug 2011 10:24 PM PDT

Pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk membincangkan reformasi pilihan raya bukan bermakna sistem pilihan raya yang sudah diguna pakai selama ini tidak baik tetapi sebaliknya untuk memperkukuhkannya lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEBeliau berkata, keputusan pilihan raya sebelum ini tidak akan dipertikaikan yang semuanya dijalankan dengan telus, cuma ia akan diperbaiki berikutan minat kumpulan dalam masyarakat yang mahu supaya ia dilakukan.

"Dan itu juga diakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mana perlu mereka memperkemaskan senarai daftar pemilih, memperkukuhkan cara undian dijalankan, undi pos, jadi itu proses yang sudah berjalan.

"Dengan adanya jawatankuasa, itu akan diambil kira dan jika ada perakuan yang mereka hendak buat, mereka akan kemukakan supaya SPR dapat mengambil langkah sewajarnya," katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 di Putrajaya, hari ini.

NONESemalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang untuk membincangkan reformasi pilihan raya yang perlu dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Najib berkata jawatankuasa yang akan dibentuk dalam waktu terdekat itu adalah tindak balas proaktif kerajaan BN bagi menangani pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil yang dibangkitkan pihak tertentu baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai pendapat serta polemik.

Muhyiddin berkata pembentukan jawatankuasa itu juga jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan BN dan sependapat dengan banyak pihak tentang perlunya ada satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Tuntutan pembangkang

"Jadi, bukan satu tuntutan pihak pembangkang sahaja. Jika kita mahu pilihan raya itu berjalan dengan bersih dengan cara yang adil dan kita mahu dipilih sebagai kerajaan atas dasar yang saksama, dengan keputusan itu bermakna kita mengamalkan sikap yang telus.

"Kita mengambil pandangan dengan serius. Jadi, pastinya ahli-ahli parlimen yang terpilih daripada kerajaan dan pembangkang yang dikatakan akan bersidang dalam tempoh terdekat, mereka akan melihat aspek-aspek tertentu dari segi apa yang ada dalam sistem sekarang dan bagaimana cara untuk diperkemaskan dan diperbaiki," katanya.

azlanBeliau berkata langkah itu akan melibatkan rundingan dengan pelbagai pihak termasuk SPR dan dengan muafakat daripada semua pihak, pastinya sistem pilihan raya boleh diperkukuhkan lagi.

Mengenai kenyataan Najib bahawa kerajaan akan mengkaji semula dasar penapisan media selaras dengan perkembangan lanskap dan persekitaran semasa, Muhyiddin berkata sebagai pengamal media, mereka perlu mengamalkan etika yang tinggi.

Beliau berkata golongan itu tidak seharusnya menggunakan hak dan kebebasan yang diperoleh untuk membuat sesuatu yang boleh memudaratkan masyarakat, menimbulkan ketegangan sosial atau memberi kesan buruk terhadap hubungan antarabangsa dan kaum.

azlanKatanya mereka harus berpandukan kepada prinsip dan lunas serta asas yang berasaskan kepada etika, moral, akhlak dan sebagainya.

"Dalam dunia yang dikatakan tanpa sempadan di mana banyak laporan berita dikeluarkan bukan sahaja menerusi saluran rasmi tetapi juga alam maya, maka agak sukar bukan sahaja kerajaan Malaysia tetapi juga negara lain untuk mengambil tindakan untuk mengawal.

"Ini kerana soal kebebasan sekarang ini sudah merupakan hak individu bukan lagi menjadi hak institusi atau negara," katanya.

azlanBeliau berkata sistem pemantauan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan kerajaan perlu sentiasa peka supaya hak kebebasan untuk berkomunikasi di alam maya tidak mencetuskan ketidaktenteraman awam.

Katanya jika jelas terbukti terdapat pengamal media berbuat sesuatu yang boleh dilihat sebagai melanggar mana-mana apsek perundangan, keselamatan dan sebagainya, ia juga tidak terkecuali daripada menghadapi tindakan undang-undang.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved