Selasa, 16 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


SPR bantah BERSIH 2.0 diwakili dalam JK khas

Posted: 16 Aug 2011 10:18 PM PDT

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyarankan kepada kerajaan supaya menolak penyertaan BERSIH 2.0 dalam Jawatankuasa Khas Parlimen untuk tujuan pembaharuan terhadap sistem pilihan raya negara.

NONEMenurut laporan akhbar Berita Harian hari ini, Wan Ahmad berkata jawatankuasa berkenaan sepatutnya hanya dianggotai oleh wakil rakyat yang mewakili parti politik masing-masing .

Sehubungan itu, katanya cadangan PKR supaya NGO terutama gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) dilibatkan dalam jawatankuasa itu tidak dapat diterima.

Ini kerana agenda utama yang dibincangkan adalah mengenai urusan pilihan raya untuk memberi kepuasan kepada parti politik yang bertanding.

"Lebih baik hanya wakil rakyat yang dipilih rakyat menganggotai jawatankuasa itu supaya tidak ada campur tangan," katanya.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bekas COO Pempena bebas tuduhan pecah amanah

Posted: 16 Aug 2011 09:50 PM PDT

Bekas ketua pegawai operasi (COO) Pempena, Mohamad Rosly Selamat dan bekas pengawal kewangannya, Lim Khing Tai hari ini dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah membabitkan wang RM169,770.

NONEMereka dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tanpa dipanggil untuk membela diri.

Hakim Rozana Ali Yusof berkata setelah meneliti fakta-fakta, mahkamah mendapati kedua-duanya bertindak dengan cara yang sepatutnya dan mereka mengikut arahan pegawai atasan mereka, termasuk menteri pelancongan.

Katanya, terdapat juga bukti dari saksi, Ummi Hafilda Ali, bahawa wang itu tidak dibelanjakan untuk kepentingan mereka sendiri.

Tambahnya, terdapat bukti bahawa urusniaga dan cek tersebut ditandatangani dengan cara yang terbuka dan telus.

Berikutan itu, katanya, mahkamah membebaskan kedua-dua mereka daripada tuduhan tersebut tanpa dipanggil membela diri.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved