Khamis, 18 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


SPR dakwa kesilapan daftar pemilih hanya 0.0001%

Posted: 18 Aug 2011 10:44 PM PDT

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar.

"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil."

Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai "kesilapan kecil".

"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?

azlan"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil," kata Abdul Aziz.

Berdasarkan perangkaan 0.0001 peratus yang dibekalkan oleh Abdul Aziz, adalah dijangkakan terdapat kira-kira 1,240 kesilapan pada daftar pemilih itu.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Naib canselor: Hanya 76 staf UM letak jawatan

Posted: 18 Aug 2011 09:58 PM PDT

Naib Canselor Universiti Malaya (UM) menjelaskan, hanya 76 kakitangan akademiknya meletakkan jawatan dan bukan 146 orang seperti didakwa, sehingga menimbulkan tanggapan ia dalam krisis.

NONETan Sri Dr Ghauth Jasmon (berkata) berkata, daripada 76 orang itu, jumlah terbesarnya daripada Fakulti Perubatan.

"Ia adalah perkara biasa, kerana ada di antara mereka pergi (berkhidmat) di hospital swasta," katanya dalam satu sidang media di UM hari ini.

Katanya, menurut statistik antara 1 Julai 2009 hingga ke hari ini, 76 orang itu antara 123 lagi yang meninggalkan perkhidmatan atas pelbagai alasan, termasuk bersara dan meninggal dunia.

Sepanjang tempoh dua tahun setengah ini, 43 orang bersara dan empat lagi meninggal dunia.

Semalam, Utusan Malaysia pada muka depannya memuatkan laporan yang mendakwa UM sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar ekoran peletakan jawatan 146 staf akademik kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ghauth.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved