Isnin, 29 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Syawal kesinambungan ujian Ramadan, kata Anwar

Posted: 29 Aug 2011 09:17 PM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Ramadan ibarat sebuah madrasah yang mendidik erti kerendahan hari dan sabar menanggung ujian di kalangan umat Islam.

anwar ibrahim and pkr and peopleDalam perutusan sempena Aidilfitri, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan merupakan ujian kepada umat Islam, - melawan nafsu, menundukkan musuh utama - dan sekiranya menang, dianugerahi Allah SWT dengan petunjuk serta ampunan dari-Nya.

"Maka tidak hairanlah kita mengapa perintah melaksanakan ibadah puasa dipintal bersama dengan keutamaan al-Quran.

"Kedua-duanya menjadi satu kesempatan buat umat untuk menghayati, merenungi serta untuk dimaanfaatkan, dengan tujuan dilimpahi petunjuk untuk membedakan antara yang benar dengan yang batil, menafikan ketundukan kepada makhluk dan bersaksi bahawa kekuasaan hanya milik Dzul Jalal Wal Ikram (Yang Maha Memilki Kebesaran dan Kemuliaan)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar yang turut melahirkan kegembiraan dan berharap agar umat Islam bersyukur serta menyambut Syawal dengan rasa gembira dan digunakan sebagai kesempatan memperkukuh hubungan sesama mereka dengan Allah sepanjang bulan Ramadan itu berterusan.

Sambutan Aidilfitri istimewa bersama hari Merdeka

Posted: 29 Aug 2011 09:01 PM PDT

Umat Islam di Malaysia hari ini menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan bersama-sama keluarga dan tradisi rumah terbuka yang turut diraikan bersama dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 esok.

Di setiap pelusuk negara, masjid menjadi tumpuan jutaan muslimin untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi Syawal selepas genap sebulan berpuasa.

azlanBudaya balik kampung, satu ciri penting bagi memelihara hubungan kekeluargaan diteruskan sehinggakan ibu kota Kuala Lumpur lengang pada hari lebaran.

Selain amalan Rumah Terbuka, suatu tradisi di kalangan pelbagai kaum di Malaysia ketika sambutan perayaan masing-masing, sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang di rumah kediaman, pusat peniagaan dan pusat membeli-belah bagi menandakan sambutan serentak "Merdeka Raya"

Di ibu negara, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara bersama-sama 15,000 jemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad manakala khutbah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom..

Baginda yang berbaju Melayu merah jambu tiba di masjid pada pukul 8.30 pagi diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri Kabinet beragama Islam dan para diplomat asing.

NONETahun ini merupakan kali terakhir Tuanku Mizan bersolat sunat Aidilfitri sebagai Yang di-Pertuan Agong di Masjid Negara memandangkan tempoh perkhidmatan baginda akan tamat pada Disember ini.

Sementara itu, Yang Di-pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut mengadakan majlis Istana Terbuka di Istana Negara melibatkan pemimpin negara, wakil luar negara dan orang ramai pada pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Najib bersama jemaah menteri pula mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dari 1 tengah hari sehingga 6 petang.

Di Kuala Kangsar, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama lebih 2,000 rakyat jelata di Masjid Ubudiah.

malaysian law conference 291007 sultan azlan shah 1Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, kerabat-kerabat diraja dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir turut sama menunaikan solat itu.

Para jemaah kemudian mengambil kesempatan bersalaman dengan Sultan Azlan Shah (kanan)selepas selesai menunaikan solat.

Zambry juga mengadakan rumah terbuka Aidilfitri dan Sambutan Kemerdekaan kali ke-54 di kediaman rasminya di Ipoh mulai pukul 2 petang hingga 6 petang.

Majlis akan diserikan dengan keberangkatan Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Bainun, Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak.

Di Kuching, Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng menunaikan solat sunat Aldifitri di Masjid Jamek negeri di Petra Jaya bersama kira-kira 5,000 umat Islam.

NONETurut hadir Ketua Menteri Tan Sri Sri Abdul Taib Mahmud (kiri, bersongkok), Menteri Pelancongan dan Warisan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar serta beberapa orang kenamaan yang lain.

Abang Muhammad Salahuddin mengadakan rumah terbuka Hari Raya di Astana di Petra Jaya di sini manakala Taib serta anggota Kabinet negeri menyambut tetamu pada majlis rumah terbuka di Borneo Convention Centre di Kuching.

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved