Jumaat, 2 September 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


K'jaan Somalia janji akan siasat

Posted: 02 Sep 2011 10:25 PM PDT

Punca kejadian tembakan peluru sesat yang menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor di Mogadishu pada Jumaat, akan disiasat Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Somalia.

Menteri berkenaan Abdisamad Maallin Mohamud berjanji dalang di sebalik kejadian itu dicari dan dihadapkan ke mahkamah.

Noramfaizul Mohd Nor storyBeliau meminta maaf terhadap tragedi itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh warga Malaysia berikutan kematian Noramfaizul (kanan).

"Ini (tembakan) bukannya daripada kerajaan...bukan daripada Al-Shabaab (pihak berkuasa). Ia dari tembakan pasukan lain dan kita akan menyiasat kenapa ini berlaku dan kenapa (rakyat Malaysia) diserang," kata Abdisamad.

Noramfaizul, 39, yang telah bertugas dengan BernamaTV kira-kira sembilan tahun, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.

Kejadian berlaku pada 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki anggota misi seramai enam orang dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

Sementara itu, ketua misi bantuan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kemalangan yang meragut nyawa Noramfaizul itu sukar diterima rakyat Malaysia.

somalia refugee woman with child 1Abdul Azeez berkata beliau menuntut siasatan menyeluruh serta penjelasan daripada kerajaan Somalia berhubung kejadian itu.

"Kenapa pasukan tentera melakukan ini kepada kita. Ini kita tidak boleh terima. Mesti ada siasatan menyeluruh. Rakyat Somalia mesti mohon maaf kepada rakyat Malaysia," Abdul Azeez berkata kepada Abdisamad.

Abdul Azeez juga berkata jenazah Noramfaizul sudah diuruskan serta persiapan dibuat untuk membawa balik jenazahnya ke Malaysia dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Suasana pilu di sini. Semua yang lain selamat. Semalam adalah perjalanan terakhir tetapi terkena peluru sesat...tidak tahu dari mana," kata Abdul Azeez.

noramfaizul mohd norMenurutnya, anggota perubatan kelab itu cuba sedaya menyelamatkan Noramfaizul tetapi gagal.

Misi berkenaan yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur bertujuan membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia, dijadual pulang esok yang sepatutnya pada Isnin ini.

- Bernama

Salang sedia pertahan kerusi parlimen Julau

Posted: 02 Sep 2011 10:12 PM PDT

Ahli parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum bersedia untuk mempertahankan kerusi kawasan pilihan raya beliau untuk penggal keempat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun katanya beliau bersedia berbuat demikian jika para pengundi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan kepimpinan di kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan memberikan mandat kepadanya.

NONE"Jika tidak, saya agak bersedia untuk mengundurkan diri," kata Salang yang juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada sesi perjumpaan dengan penduduk di Rh.Tuat anak Bunya di Lubok Embawang, Nanga Wak dekat Pakan lewat petang semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan daripada beberapa pemimpin masyarakat yang meminta beliau terus memberikan khidmat di kawasan pilihan raya luar bandar itu.

Salang berkata jika beliau dicalonkan lagi, BN khasnya di kawasan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan, dalam kawasan pilihan raya parlimen itu, akan bekerja lebih kuat kerana sesetengah pemimpin di kawasan tersebut mula berkempen untuk menyingkirkan beliau dan menghasut pengundi.

"Saya dianggap sebagai orang luar dan bahawa saya tidak komited untuk membawa kemajuan dan pembangunan di kawasan pilihan raya ini. Tetapi saya pasti majoriti pengundi tidak berkongsi pandangan atau emosi khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Pakan (satu lagi kawasan di parlimen Julau)," kata Salang.

Salang, 61, pertama kali memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999. Pada pilihan raya umum 2008, naib presiden PRS itu menang kerusi berkenaan dengan majoriti 7,581 dan mengalahkan Pegawai Daerah Julau yang telah bersara Labang anak Jamba yang bertanding sebagai calon Bebas.

Sementara itu, presiden PRS Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata di Kuching semalam bahawa parti itu belum lagi menyemak secara terperinci calon-calon bagi pilihan raya umum akan datang.

PRS mempunyai enam kawasan parlimen Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Selangau, Kanowit dan Hulu Rajang.

"Kita harap memperoleh semua kerusi ini untuk BN tetapi kita masih memantau di akar umbi. Bagaimanapun, jika kita gunakan pilihan raya negeri 2011 sebagai tanda aras, kita yakin dapat mengekalkan semua enam kerusi itu." kata beliau.

- Bernama

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved