Isnin, 5 September 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


PAS bawa isu sejarah merdeka ke parlimen

Posted: 05 Sep 2011 10:39 PM PDT

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata pihaknya akan membawa isu sejarah kemerdekaan, khususnya berhubung tragedi Bukit Kepong dalam sidang parlimen akan datang.

"Ini topik penting akan dibawa ke sidang parlimen (nanti). Kita akan terus perjuangkan sejarah kemerdekaan negara supaya ditulis dengan adil dan tepat," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Sementara menunggu tempoh itu, tambahnya lagi, kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa kabinet membincangkan penulisan semula sejarah kemerdekaan negara dan PAS sedia menghantar wakil.

"Jika Umno ikhlas, (perdana menteri) tubuh satu jawatankuasa untuk tulis semula sejarah. Kita boleh hantar wakil kita," katanya.

[Berita penuh menyusul]

Mat Sabu sedia debat dengan Muhyiddin

Posted: 05 Sep 2011 10:32 PM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedia berdepan dengan Timbalan Perdana Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong.

Katanya ia susulan banyak kenyataan Muhyiddin yang menyerang Mohamad supaya "bertaubat dan bertakwa" selepas ucapannya
pada 21 Ogos lalu.

"Secara peribadi (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin tidak banyak mengecam saya.

"Yang suruh saya bertaubat, bertakwa (adalah) timbalan presiden Umno. (Jadi) elok saya bertemu dengan dia," kata Mohamad dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Bahkan, tambah Mohamad, Muhyiddin juga ahli parlimen Pagoh - kawasan yang berdekatan dengan Bukit Kepong.

[Berita penuh menyusul]

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved