Rabu, 7 September 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Laporan: Kabinet setuju guna dakwat kekal

Posted: 07 Sep 2011 09:51 PM PDT

Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.

Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.

pulau ketam village head election 310711 indelible inkLaporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih
sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: "Saya juga tak tahu."

Beliau menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya memutuskan semua isu yang berkaitan dengan reformasi pilihan raya.

Sebelum ini, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa semua cadangan berhubung reformasi pilihan raya perlu dibincang dan diputuskan oleh jawatankuasa khas berkenaan.

Jawatankuasa khas itu yang akan dibentuk dalam sidang parlimen akan datang - mulai 3 Oktober ini - dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu ekoran tekanan pembangkang dan pertubuhan sivil untuk reformasi sistem pilihan raya.

Pembangkang masih belum memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk reformasi pilihan raya.

[Baca berita penuh]

Istana: Cukai jalan kereta bekas Sultan hal SPRM-JPJ

Posted: 07 Sep 2011 09:35 PM PDT

Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata isu melibatkan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan milik bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra merupakan hal di antara pelanggan berkenaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Namun, memandangkan Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, perkara berkenaan kini "di antara SPRM dengan JPJ," katanya lagi.

"Tuanku dulu sihat, jadi mungkin tuanku sendiri boleh uruskan semasa tuanku masih jadi Sultan. Tapi sekarang ini mungkin ada prosedur yang JPJ perlu tengok," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Mengulas dakwaan Tengku Muhammad Fakhry sebelum ini bahawa terdapat unsur sabotaj sehingga menyebabkan cukai jalan bagi empat buah kereta berkenaan tidak dapat diperbaharui, Abdul Halim berkata pihaknya tidak mengetahui perkara itu.

"Perkara itu dilapor kepada SPRM sekarang, jadi SPRM yang kena siasat. Pejabat kita tidak ada maklumat," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata kenderaan berkenaan tidak pernah berdepan masalah seperti itu ketika Sultan Ismail Petra masih menjadi Sultan Kelantan.

"Saya rasa dulu taklah timbul hal-hal cukai jalan ini dengan JPJ. Saya rasa JPJ ada peraturan yang perlu dipatuhi bila hendak daftar.

"Tuanku dulu sihat, jadi mungkin tuanku uruskan sendiri. Kalau dulu tuanku jadi sultan mungkin ada prosedur (tertentu) yang perlu dipatuhi.

"(Dari segi) prosedur kena patuhi dokumen dan benda yang disenarai. Mungkin benda itu mesti diteliti," katanya lagi.

[Berita penuh menyusul]

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved