Khamis, 8 September 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Majlis prof: Gerakan kiri bukan perjuangan merdeka

Posted: 08 Sep 2011 10:12 PM PDT

Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini menegaskan bahawa perjuangan gerakan politik kiri, termasuk komunis bukan perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sebaliknya ia dianggap "penderhakaan" kerana didakwa mahu menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

"Pada tahun 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan di Singapura. Mereka menubuhkan Republik Demokratik Rakyat Malaya yang berkait dengan (fahaman) komunis.

"Cita-cita komunis tidak membebaskan Tanah Melayu daripada pentadbiran British yang dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

"Nasionalis (Melayu) yang ingin bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan komunis untuk menjadikan negeri republik komunis.

"Kita tidak menerima perjuangan mereka kerana mahu merampas kuasa secara tidak sah dan tidak legitimate," kata sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling dalam sidang media di Putrajaya pagi ini.

Sementara itu, kenyataan MPN yang diedarkan menyebut, perjuangan kiri tidak diiktiraf sebagai perjuangan kemerdekaan kerana berhasrat membawa Tanah Melayu menyertai projek Indonesia Raya.

Katanya, penentangan komunis terhadap Jepun pada awalnya - melalui Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) - pula dibuat kerana "amat marah dan malu" atas penaklukan Jepun terhadap China pada tahun 1937 hingga 1945.

"Mereka tidak berjuang demi kebebasan Tanah Melayu atau menegakkan negeri Melayu," kenyataan itu dipetik.

Khairy mahu 'bos' batal cukai prabayar

Posted: 08 Sep 2011 09:22 PM PDT

Pengenalan cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM prabayar, telah menyatukan ahli politik muda dari parti kerajaan dan pembangkang yang sama-sama membantah langkah itu.

NONESelepas pengumumannya semalam, ketua Pemuda Umno dan BN, Khairy Jamaluddin adalah antara orang pertama yang secara terbuka menyuarakan bantahannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Boss @NajibRazak, tax kepada pengguna pre-paid satu keputusan yang tidak munasabah & bebankan rakyat. Saya bantah. Pohon dibatalkan," tulis Khairy di Twitternya malam tadi.

Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi Malaysia semalam, mengumumkan pengenalan cukai tersebut, berkuatkuasa 15 September.

Ini bermakna, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Syarikat telekomunikasi menyifatkannya sebagai cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah NGO yang diketuai pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menyertai Khairy membantah cukai baru itu.

Mereka berdua dianggap sebagai musuh politik kerana Chegubard bertanding menentang Khairy di kerusi parlimen Jelebu dalam pilihan raya umum lalu.

SAMM mengingatkan kerajaan bahawa sebahagian besar pengguna mudah alih prabayar adalah dari golongan berpendapatan rendah, termasuk pekerja kilang dan pelajar.

Katanya, mengenakan cukai cukai 6 peratus cukai itu menunjukkan kerajaan hanya melindungi badan korporat dan syarikat telekomunikasi, dengan memindahkan bebannya kepada pengguna walaupun syarikat berkenaan membuat keuntungan setiap tahun.

Dalam kenyataan, SAMM mendakwa kerajaan 'tunduk' kepada gergasi korporat dengan tujuan untuk memperkayakan mereka tanpa mengambil kira masalah kepada pengguna.

Sehubungan SAMM menggesa rakyat supaya menolak kerajaan persekutuan, sekiranya ia meneruskan dasar-dasar yang membebankan mereka.

Bagaimanapun, pandangan Khairy tidak dikongsi oleh rakannya, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Dalam Twitternya, Abdul Rahman melihat cukai tersebut sebagai sumbangan kepada ekonomi negara oleh pengguna prabayar.

Katanya, kali ini giliran pengguna prabayar pula untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

[Baca berita penuh]

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved