Isnin, 12 September 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Pakatan: Tarikh PRU-13 mesti ditetapkan bersama

Posted: 12 Sep 2011 10:31 PM PDT

Pakatan Rakyat mahu BN menentukan tarikh pilihan raya umum akan datang dengan berunding dengan gabungan pembangkang bagi membolehkan cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan mempunyai masa yang mencukupi dalam menjalankan tugas mereka.

Ini adalah antara lima pra-syarat-syarat yang dibentangkan oleh Pakatan dan mereka mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminannya sebelum mereka membuat keputusan menyertai jawatankuasa itu.

NONE"Tarikh pilihan raya umum ke-13 perlu ditetapkan berdasarkan persetujuan antara BN dan Pakatan. Dalam erti kata lain, pembubaran Parlimen mesti dipersetujui oleh kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat," kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pakatan di Kuala Lumpur pagi ini, bersama-sama dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan beberapa ahli parlimen Pakatan yang lain.

[Berita penuh menyusul]

'Konspirasi tumbangkan MB' - Khalid tuntut penjelasan

Posted: 12 Sep 2011 10:07 PM PDT

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) perlu tampil dan menjelaskan mesyuarat 5 Ogos yang diadakan dengan Pejabat Peguam Negara dan beberapa NGO Islam yang membincangkan serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

NONEMenurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam satu kenyataan media, hari ini, MAIS perlu juga menyatakan sama ada mesyuarat itu berbentuk rasmi.

"Apa yang dipersoalkan ialah tujuan pertemuan itu dan 'statusnya', iaitu sama ada ia pertemuan rasmi atau sebaliknya...

"Sekiranya rasmi, maka di mana surat jemputannya, apa agendanya dan mana minit mesyuaratnya? Sekiranya semua itu tidak ada dan pertemuan diadakan secara jemputan bisik-bisikan, tanpa surat rasmi, maka sudah pasti ia pertemuan konspirasi gelap!" katanya.

Bagi Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, beliau melihat pertemuan itu sebahagian daripada konspirasi oleh MAIS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Peguam Negara dan beberapa NGO Islam untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

NONEPengerusi MAIS Datuk Mohamad Abzib Mohd Isa, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan minggu lalu, menafikan dakwaan berkenaan dan berkata mesyuarat untuk hanya bagi memberi taklimat kepada NGO berkenaan berhubung pemeriksaan JAIS ke atas DUMC.

Abzib juga berkata MAIS akan mengkaji sama ada tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Khalid kerana memfitnah.

Khalid, sebelum ini menuntut penjelasan mengapa NGO berkenaan perlu diberikan taklimat sebelum laporan rasmi berhubung kejadian 3 Ogos itu diserahkan kepada menteri besar.

"Saya tidak tanya siapa yang mempengerusikan pertemuan berkenaan. Saya tanya adakah pertemuan tersebut pertemuan rasmi atau sebaliknya.

"Saya ingin tahu siapa yang menjemput dan menganjurkan pertemuan, bukan siapa yang jadi pengerusi. Pengerusi kadang-kadang main tangkap muat sahaja, lebih-lebih lagi pertemuan tidak rasmi.

azlan"Ada yang dijemput hadir, bila hadir, dia diketengahkan sebagai pengerusi sebagai tanda 'hormat' kononnya. Akhirnya pengerusi tersebut hanya sekadar memberi laluan untuk Pengerusi MAIS dan wakil pejabat Peguam Negara bercakap!

"Itu merupakan satu kemungkinan, bukan saya menyatakan ia berjalan begitu," katanya lagi.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam Datuk Hasan Ali.

[Baca berita penuh]

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved