Khamis, 15 September 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


GMI tuntut 'pampasan setara' untuk tahanan ISA

Posted: 15 Sep 2011 10:38 PM PDT

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini menuntut kerajaan memohon maaf dan membayar "pampasan setara" kepada tahanan ISA dan keluarga mereka susulan tindakan kerajaan mahu menghapuskan akta tersebut.

NONE"Semua mangsa ISA perlu dibayar pampasan setara dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang telah dilalui oleh tahanan dan keluarga," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang media di ibu negara.

Pampasan itu, kata Syed Ibrahim (gambar atas, tiga dari kanan) perlu dinilai kerajaan berdasarkan beberapa perkara, antaranya tempoh ditahan, kos ulang alik ke kem tahanan dan keruntuhan rumah tangga.

"Kami berharap kerajaan benar-benar serius untuk membuat penilaian... Ini yang perlu dikaji oleh kerajaan," katanya.

Semalam, Najib dalam pengumuman khas yang disiarkan secara langsung di RTM berkata kerajaan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959.

Selain itu, kerajaan juga akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa dan " tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan".

Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Syed Ibrahim berkata berdasarkan perkembangan terbaru itu, mereka juga menuntut:

  • Semua "pemuka" yang terlibat dalam menyeksa tahanan ISA mesti di bawa pengadilan.
  • Kerajaan, menteri berkenaan dan polis mestilah amanah dalam melaksanakan pelbagai prinsip yang ditegaskan oleh perdana menteri dalam ucapannya bukan sekadar "servis bibir".
  • Kerajaan mestilah memansuhkan lain-lain undang-undang tanpa bicara seperti Akta Dadah Merbahaya.
  • Kerajaan melaksanakan kajian semula dengan segera dalam tempoh yang spesifik terhadap undang-undang yang menghadkan kebebasan rakyat dan media seperti Akta Polis dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
  • Kerajaan mesti patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan aktiviti antipengganas dan melakar pelan jangka panjang dalam membangunkan mekanisme menanganinya keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan
  • Kerajaan mesti menangani dan mengesahkan International Covenant on Civil and Political Right (ICCCPR) dan Covention Against Torture dan Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT).

[Berita penuh menyusul]

KPN jumpa AG kemuka pandangan kaji Akta Polis

Posted: 15 Sep 2011 10:29 PM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi memberi pandangan terhadap kajian semula ke atas Seksyen 27, Akta Polis 1967 berhubung
kebebasan berhimpun.

Beliau berkata pandangan yang akan disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) meliputi aspek bagaimana hendak mengimbangkan kesejahteraan, hak bersuara dan hak berkumpul di kalangan rakyat.

NONE"Perkara ini adalah untuk kepentingan rakyat supaya keamanan dapat terus dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan serentak Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27, Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Perdana Menteri berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Ismail berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri malam tadi menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk terus melangkah ke hadapan dan dibuat demi kepentingan rakyat.

"Saya lihat (kajian semula) undang-undang lama ini kita perakukan juga...setuju kerana sudah lapuk," katanya.

Tegasnya, PDRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat tidak tergugat.

- Bernama

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved