Isnin, 19 September 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


'Dhaka tiada maklumat pekerja ditawar kerakyatan'

Posted: 18 Sep 2011 11:40 PM PDT

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh hari ini menafikan bahawa sebuah agensi yang berkaitan dengan pejabat Perdana Menteri telah memuat-naikkan sebuah artikel di laman web yang mendakwa pekerja Bangladesh di negara ini diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mereka mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

bangladesh foreign workers migrants 030108Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, AKM Atiqur Rahman, berkata, kerajaan Bangladesh mahupun pejabatnya tidak menyedari mengenai artikel itu, mahupun melihat atau membaca kandungan dakwaan berkenaan.

"(Isu) ini tidak berasas dan bermotif jahat. Ada pihak yang mahu menghancurkan hubungan baik antara Bangladesh dan Malaysia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dakwaan itu, pertama kali dikesan Jumaat lalu oleh organ milik PKR, Suara Keadilan, yang menyiarkan pautan ke laman yang dipercayai mengenai lawatan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina ke Korea Selatan dan Malaysia tahun lalu.

Artikel itu juga memetik "sumber yang boleh dipercayai" dari Pejabat Perdana Menteri Bangladesh yang mengesahkan sebilangan pekerja negara itu dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

bangladesh prime minister office ngo affairs bureau 180911 hacked frontpageBagaimanapun, semakan kedua oleh Malaysiakini hari ini mendapati bahawa artikel kontroversi itu telah dikeluarkan dari laman Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh, selepas laporan berita mengenai dakwaan berkenaan menimbulkan kegemparan di Malaysia.

Atiqur berkata kerajaan Bangladesh dan pejabat Suruhanjaya Tingginya di Kuala Lumpur langsung tidak menyedari tentang artikel kontroversi itu dan menyifatkannya sebagai "mengarut" dan adalah kerja orang "gila".

[Baca berita penuh]

Bashah: Poster kritik Anwar tiada kaitan dengan Umno

Posted: 18 Sep 2011 11:16 PM PDT

Umno Negeri Kedah hari ini menafikan penglibatan dengan pemasangan poster yang mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah di beberapa kawasan di sekitar Alor Setar semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Umno Kedah sendiri tidak bersetuju dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab seperti itu.

"Kalau kita (orang Umno) yang nampak poster-poster itu, kita juga akan buat laporan polis. Biar polis siasat dan kita akan ketahui 'tangan jahat' mana yang buat kerja itu," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau mengulas dakwaan kononnya Umno bertanggungjawab memasang poster berkenaan sempena kehadiran Anwar di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim Alir Setar semalam.

Poster itu yang mengkritik Anwar dan menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah dipasang di beberapa tempat di sekitar Alor Setar.

Sementara itu, Ahmad Bashah mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengizinkan BN menggunakan stadium itu untuk majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia esok.

- Bernama

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved