Jumaat, 23 September 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Tiada cadangan laksana hudud di Selangor

Posted: 23 Sep 2011 05:00 AM PDT

Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, setakat ini tiada keputusan berkaitan dibuat, termasuk daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang merupakan badan tertinggi agama Islam negeri.

NONE"Selangor hanya akan melakukan apa-apa perubahan polisi agama Islam selepas mendapat nasihat dan juga cadangan daripada MAIS.

"Sehingga kini MAIS tidak ada membuat keputusan mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di bangunan SUK, Shah Alam lewat petang tadi.

Ditanya sama ada kerajaan Selangor bersetuju sekiranya hukum hudud dilaksanakan di negara ini, Khalid mengulangi bahawa di Selangor tiada keputusan dibuat.

Beliau juga enggan mengulas berhubung usaha melaksanakan undang-undang itu di Kelantan yang dipimpin sebuah lagi parti dalam gabungan pembangkang PAS.

"Saya tidak akan komen mengenai perkara itu," ujarnya sambil ketawa kecil.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu DAP keluar daripada PAS sekiranya tidak bersetuju pelaksanaan hudud, beliau masih enggan membuka mulut.

"Saya rasa saya tidak perlu komen perkara itu," kata Khalid lagi.

SPR tidak boleh cuci tangan, kata BERSIH

Posted: 23 Sep 2011 05:00 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh cuci tangan terhadap dakwaan mengenai pengakuan bekas pengerusinya bahawa 60,000 warga asing yang memiliki kad pengenalan "palsu" telah menjadi pengundi, kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini.

NONESPR perlu menjalankan tugasnya mengapa ia membenarkan
mereka ini didaftarkan sebagai pengundi, kata anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, A Pillay Subramaniam (kiri).

"Mungkin kesalahan itu terletak pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kerana mengeluarkan KP yang menjadikan mereka, secara rasmi, sebagai warganegara. Ini adalah sebahagian daripada dakwaan 'Projek IC' di Sabah untuk memberi kerakyatan kepada pendatang baru di negeri ini, yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Filipina.

"SPR tidak boleh cuci tangan kerana ia telah diamanahkan untuk memantau daftar pemilih. Jika ia tidak melakukan ini, ia mewujudkan ketidakseimbangan.

"Mesti ada komunikasi yang lebih baik dan kerjasama antara JPN dan SPR untuk menyelesaikan masalah ini dan ia (proses pendaftaran pengundi) perlu diperketatkan sekarang," kata Subramaniam.

Katanya, sebagai badan awam yang mesti bebas, SPR dan JPN, perlu mengakui kesilapan mereka dan menjalankan siasatan.

Mereka, tambahnya, tidak boleh lari atau membebaskan diri daripada kesalahan tersebut.

[Baca berita penuh]

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved