Khamis, 29 September 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Guan Eng mohon maaf pada Sultan Johor

Posted: 29 Sep 2011 10:27 PM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor.

NONELim berkata beliau memohon maaf sepenuhnya kepada baginda dan rakyat negeri Johor.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.

Berikut adalah kenyataan penuh Guan Eng.

Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor.

Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.

Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia. Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.

Kedah: Umno bahagian diingat selesai kemelut dalaman

Posted: 29 Sep 2011 10:18 PM PDT

Wanita Umno Kedah hari ini mengingatkan Umno bahagian di negeri itu agar menyelesaikan segera kemelut dalaman yang dikatakan berlaku jika tidak mahu dikecewakan lagi pada pilihan raya umum kelak.

Ketuanya Datuk Maznah Abdul Hamid berkata kemelut yang dihebohkan berlaku di beberapa bahagian, boleh menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) Kedah dalam usaha merampas kembali negeri itu.

"Parti lawan khususnya PAS sememangnya suka perebutan dan pergaduhan ini berlaku dalam Umno supaya mudah bagi mereka mempertahankan Kedah.

"Segala masalah yang menjadi punca hendaklah diselesaikan dari akar umbi," katanya kepada pemberita di Alor Setar.

Maznah juga berkata semua sayap Wanita dari parti komponen BN tidak menghadapi masalah dan telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Malah katanya, Wanita MCA dan MIC Kedah menunjukkan perkembangan memberangsangkan yang memberi petanda pemulihan sokongan kaum hawa terhadap BN.

"Pengundi wanita melebihi 50 peratus dari jumlah pengundi. Pergerakan Wanita BN akan menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mendekati mereka khususnya pengundi muda yang pertama kali mendaftar sebagai pemilih.

"Kami juga tidak akan meminta kuota kepada Wanita ditambah. Terserah kepada pucuk pimpinan menentukannya," kata Maznah.

Dalam pilihan raya umum 2008, Wanita Umno Kedah hanya diperuntukkan satu kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Tiang yang ditandingi dan dimenangi bendahari Puteri Umno ketika itu Suraya Yaacob.

- Bernama

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved