Isnin, 19 September 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Najib 'sempoi' di stesen radio popular

Posted: 19 Sep 2011 10:24 PM PDT

Dalam usaha merapati generasi muda, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini muncul di tiga program-program radio yang popular bagi membuktikan bahawa beliau juga boleh menjadi 'sempoi'.

Ahli politik berusia 58 tahun itu cuba menyerlahkan 'keremajaan' dengan memberi tumpuan pembabitannya dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter, serta kehadirannya pada konsert SuaraKami Sabtu lalu.

NONEBeliau juga membuktikan kehebatannya dengan memenangi hadiah wang tunai RM150 hadiah apabila berjaya mengalahkan seorang pendengar wanita dalam pertandingan Battle of the Sexes, anjuran stesen radio MixFM. Pertandingan itu memerlukan peserta lelaki atau perempuan untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan jantina lain.

Perdana menteri kemudiannya ditanya kumpulan band wanita mana yang dianggotai Belinda Carlisie dan berjaya memberikan jawapan yang tepat, iaitu 'the Go Go's'. Katanya, beliau memiliki kaset band rock 80-an itu pada masa mudanya.

Perdana menteri kemudiannya bermurah hati menderma hadiah kepada lawannya.

Semasa ke udara di rancangan Gotcha di stesen HitzFM, Najib membantu deejay JJ dan Ean mengejutkan penerbit mereka, The Jakeman.

Dalam panggilan yang dirakamkan sebelum ini, beliau meminta penerbit popular itu untuk memberikan slot dua jam di udara kepada anaknya Nor Ashman.

"Saya meminta anda sebagai seorang bapa ... saya mahu beliau untuk menggantikan anda ... dia juga boleh bertutur bahasa Mandarin," kata Najib.

NONEPenerbit yang terkejut itu menjawab bahawa permintaan itu "agak sukar" dan dia perlu mendengar muzik adunan Ashman sebelum membuat sebarang keputusan.

Najib memulakan lawatannya ke stesen radio milik Astro dengan mengunjungi rancangan Mix Breakfast di MixFM sekitar jam 7:50 pagi. Beliau memperkatakan mengenai prestasi terkini kelab bola sepak kegemarannya, Manchester United yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Beliau menyifatkan tugasnya sebagai "CEO syarikat, kecuali ia agak besar," dan bahawa "harinya menjadi lebih panjang dan malam pula semakin singkat" sejak beliau menjawat jawatan itu kerana bebanan tugas yang berat.

Najib juga mendedahkan iPhone miliknya akan mengejutkan beliau sekitar jam 6 pagi hingga 6.30 pagi.dengan lagu hits 80-an Karma Chameleon berkumandang.

[Baca berita penuh]

Mat Sabu didakwa esok

Posted: 19 Sep 2011 10:22 PM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

rafidah aziz kuala kangsar parliament seat court case 040708 ahmad jamaluddin and hanipaPeguam Hanipa Maidin (gambar, kanan) berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis akan didakwa bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Tambahnya, pendakwaan terhadap anak guamnya dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hanipa berkata, pihaknya mempertahankan Mohamad tidak patut dituduh di mahkamah.

"Sepatutnya mereka dakwa Utusan (yang menyiarkan laporan itu)," katanya yang juga peguam PAS.

Jika sabut kesalahan, Mohamad boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali.

[Berita penuh menyusul]

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved