Malaysiakini :: Berita |
Tangkap penganut Syiah: Ar-Ridha bidas JAIS Posted: 24 May 2011 10:30 PM PDT Pengarah sebuah NGO penganut Syiah Ar-Ridha Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan empat pengikutnya semalam sebagai tindakan biadap dan suatu bentuk penindasan.
"Tindakan JAIS dalam membuat serbuan dan menahan empat anggota Syiah adalah bercanggah dengan Artikel 11, Perlembagaan Malaysia, yang menyebut agama Islam sebagai agama rasmi dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengamalkan ajaran agama mereka," kata Mohd Kamilzuhairi (atas, berseluar cokelat). Beliau berkata mereka ditahan kerana didakwa menyebarkan ajaran mazhab Syiah walaupun majlis itu sekadar majlis jamuan makan yang diadakan setiap tahun bagi mengingati kelahiran puteri Rasulullah SAW Fatimah Az-Zahra. Semalam, beliau bersama tiga lagi rakannya - Radin Ahmad Faizul Radin Mohd Hambali, Mohd Asyraf Ahmad dan Syed Mohd Shafik Syed Hussin – ditangkap ketika mengadakan satu majlis jamuan makan yang berlangsung di Dataran Rakyat, Taman Sri Gombak.
"Ini kerana pihak penganjur telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (Rela) untuk menganjurkan majlis tersebut," katanya. Sehubungan itu, beliau mendesak JAIS menggugurkan segala pertuduhan ke atas mereka kerana mendakwa majlis tersebut telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.
Sementara itu, kumpulan berkenaan juga membuat laporan polis berhubung dua artikel yang didakwa berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 23 Mei 2011 bertajuk "Masyarakat mesti disebar luas bahaya Syiah" dan "Tiada sebab terima Syiah di Malaysia" semalam. Kedua-dua artikel itu tulisan Hasliza Hassan Mohd Kamilzuhairi berkata pihaknya juga akan menganjurkan solat hajat di seluruh negara atas sikap biadap JAIS itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Hindraf Makkal Shakti bawa kemelut ke mahkamah Posted: 24 May 2011 10:23 PM PDT Setiausaha penaja Hindu Rights Action Force (Hindraf) P Ramesh hari ini memfailkan semakan kehakiman berhubung keenganan kerajaan mendaftarkan Hindraf Makkal Shakti sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
Dalam permohonan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) dan RoS Wilayah Persekutuan dinamakan sebagai responden. Ramesh memohon perintah certiorari bagi mengketepikan sebarang keputusan daripada responden untuk menolak permohonannya. Beliau juga memohon writ mandamus bagi memaksa responden mendaftarkan Hindraf Makkal Shakti dengan RoS dalam tempoh tujuh hari daripada keputusan mahkamah, berdasarkan peruntukan Artikel 8 berhubung hak taraf yang sama. Ramesh juga memohon bayaran pampasan yang difikirkan layak oleh mahkamah dan membayar kos guaman. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan