Malaysiakini :: Berita |
Program pemutihan pendatang asing - 11 Julai Posted: 21 Jun 2011 11:14 PM PDT Kerajaan akan menawarkan program pengampunan selama enam bulan kepada pekerja dan pendatang tanpa izin yang jumlahnya agak besar di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut beliau pengampunan dan pemutihan berkenaan mulai 11 Julai depan itu bertujuan mengurangkan bilangan mereka di negara ini. Program yang dinamakan '6P iaitu pendaftaran, pemutìhan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran akan mengambil masa enam bulan untuk dilaksanakan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Video seks: Trio 'Datuk T' akan didakwa Jumaat ini Posted: 21 Jun 2011 10:45 PM PDT Semua tiga anggota kumpulan trio 'Datuk T' akan didakwa di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur Jumaat ini. Dalam kiriman SMSnya, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah SMS itu berbunyi: Datuk 'T' akan di Charge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 June 2011. Harap maklum Dua lagi anggota trio 'Datuk T' - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim. Mereka telah mengaku menayangkan satu video seks kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac. Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan