Malaysiakini :: Berita |
Posted: 23 Jun 2011 10:10 PM PDT Dewan Muslimat PAS hari ini membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Karikatur yang didakwa menghina Islam dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu. Menurut ketuanya Siti Zailah Yusuf aduan itu dibuat kerana tindakan Utusan menyiarkan karya itu didakwa salah dari segi hukum jenayah Islam dan jelas menghina agama Islam. Aduan tersebut dibuat pagi tadi di bahagian penguatkuasaan JAWI di Kuala Lumpur. Katanya, beliau difahamkan aduan tersebut akan disiasat oleh bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. |
Enam kerbau seludup dirampas di Chuping Posted: 23 Jun 2011 08:30 PM PDT Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas enam ekor kerbau yang dipercayai diseludup dari Thailand di sebuah kebun getah di Felda Chuping dekat Padang Besar semalam. Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman, berkata berdasarkan maklumat orang awam, anggota-anggota UPP kawasan Padang Besar membuat pemantauan di kawasan itu pada 7 malam dan mengesan tiga lelaki dipercayai rakyat Thailand sedang menarik enam kerbau itu. Beliau berkata, setelah menyedari kehadiran pihak UPP, ketiga-tiga suspek berjaya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran kebun getah berkenaan. Kerbau itu, yang setiap satunya bernilai RM2,500, diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut. Menurut Zakaria, penyeludup mengambil kesempatan menjelang waktu Maghrib kerana beranggapan anggota UPP tidak bertugas pada waktu itu. "Kerbau-kerbau berkenaan ditandakan dengan cat biru di tanduk seolah-olah binatang itu telah melalui proses Jabatan Verterinar," katanya. --Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan