Malaysiakini :: Berita |
PKR jangka darurat diguna halang himpunan BERSIH Posted: 28 Jun 2011 10:09 PM PDT PKR Selangor menjangka kerajaan mungkin menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.
"Darurat mungkin diisytiharkan, kita tidak tahu. "Kita jangka mungkin sampai ke peringkat itu sebab pakai baju kuning pun tak boleh," katanya dalam satu sidang media hari ini. Katanya lagi PKR juga telah menyediakan pelan darurat bagi menghadapi tindakan berkenaan. Namun parti berkenaan tetap dengan rancangan asalnya untuk mengerahkan anggotanya, kata Shuhaimi lagi.
Kumpulan penyokong berkenaan akan dibahagikan mengikut lima zon laluan bagi membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan tren ke Kuala Lumpur. Tambahnya, PKR Selangor juga menyediakan tempat tinggal untuk membolehkan penyokong berkenaan bermalam di Kuala Lumpur. "Senarai tempat tinggal ini akan disiarkan di lamanweb PKR Selangor," katanya lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
'Ya, ya, ya', polis akan bertindak ke atas Pemuda Posted: 28 Jun 2011 10:01 PM PDT Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di hadapan ibu pejabat PKR pada lewat malam Isnin lalu, kata Menteriu Dalam Negeri.
Katanya, tida ada mana-mana individu yang akan mendapat layanan istimewa dan kerajaan telha menjelaskan pendiriannya itu. "Saya telah arahkan (polis) supaya Pemuda (Umno) diberikan layanan yang sama. Tidak ada sesiapun mengatasi undang-undang," katanya. Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.
"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya," kata Saifuddin. Bagaimanapun exco pergerakan itu Lokman Noor Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau hanya dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:
Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan