Malaysiakini :: Surat |
Mengapa Umno begitu gerun dengan BERSIH? Posted: 12 Jul 2011 06:13 PM PDT Hari ini merupakan hari keempat selepas perhimpunan BERSIH 2.0. Gambaran terhadap perhimpunan tersebut semestinya masih segar dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia.
Manakala satu lagi kumpulan yang memihak kepada pihak berkuasa yang telah memburukkan perjuangan BERSIH 2.0 dengan mengaitkannya dengan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal - BERSIH 2.0 didalangi oleh ideologi komunis dan Kristian untuk memecah-belahkan orang Melayu dan ketidak-tenteraman akibat daripada perhimpunan BERSIH 2.0 sehingga menyebabkan peniaga dan pemandu teksi mengalami kerugian. Saya cukup yakin bahawa ramai pembaca tidak memahami dengan mendalam akan semua tuntutan BERSIH 2.0. Hal ini boleh dijelaskan dengan usaha memburukkan gabungan BERSIH 2.0 yang secara langsung telah mengaburkan tuntutan mereka.
Semestinya mereka ini tidak dapat terlari daripada media arus perdana dan pihak-pihak yang tersembunyi daripada "misi" tersebut. Perpaduan Melayu Dakwaan bahawa gabungan BERSIH 2.0 mempunyai niat untuk memisahkan masyarakat Melayu cukup merunsingkan saya. Saya cuba mencari kebenaran akan dakwaan tersebut.
Sesungguhnya, perpaduan kaum Melayu buat sekian lama ini telah diletakkan dalam konteks Umno/BN. Sebarang usaha untuk menyatukan kaum Melayu yang bukan berasaskan konteks Umno akan dikaitkan dengan usaha memecah-belahkan kaum Melayu. Seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat Malaysia, termasuk kaum Melayu, bebas untuk memilih parti dan ideologi politik mereka tanpa sebarang sekatan daripada apa jua pihak.
Perhimpunan BERSIH 2.0 ancam ketenteraman negara? Persoalan di sini - kenapa orang Melayu perlu menyahut modul perpaduan yang dibentuk oleh Umno? Tidak mampukah masyarakat Melayu bersatu di bawah pimpinan parti lain yang mungkin jauh lebih berwibawa daripada parti yang kian hari kian cenderong memainkan politik kotor?
Usaha ini semestinya dapat dijalankan dengan penerimaan secara terbuka terhadap kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud di tanah air yang kita cintai ini. Selain itu, pandangan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 telah mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara turut merunsingkan diri saya.
Jadi mangsa Namun begitu ketenteraman perhimpunan berhenti ketika pihak polis memulakan serangan mereka terhadap peserta perhimpunan yang hanya mampu melaungkan pelbagai slogan yang menuntut pilihanraya yang adil.
Berapa ramai orang yang akan berdiri pegun untuk didedahkan dengan bahan pemedih mata? Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sebilangan kecil yang cuba untuk menahan serangan tersebut, namun ramai yang lari bertempiaran akibat daripada serangan yang tidak sewajarnya dilakukan. Inilah ketidaktenteraman (lari untuk mendapat perlindungan) yang digambarkan dalam media arus perdana kita. Bukan itu sahaja, adalah perlu kita sedar bahawa terdapat ramai peserta perhimpunan yang sudah meningkat usia, antaranya seorang "makcik bunga daisi" dan beberapa orang kelainan upaya (OKU) yang turut menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.
Perlu disedarkan bahawa, perhimpunan BERSIH 2.0 hanyalah sehari maka kerugian (sekiranya ada) yang dialami hanyalah dalam masa yang cukup singkat. Namun, pentadbiran negara (ekonomi khususnya) yang kian lemah akan mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan. Dalam keadaan sedemikian rupa, kerugian dan bebanan rakyat ekoran daripada pentadbiran negara yang kian hari kian kurang kopetitif semestinya jauh lebih lama sekiranya tiada penawar yang mujarab. Siapa ganas? Sementara itu, ada juga segolongan pihak yang mempersoalkan tindakan peserta perhimpunan BERSIH 2.0. Pada hemat mereka, sekiranya peserta perhimpunan tidak menyertai perhimpunan tersebut, maka tidak terdedahlah kepada tindakan ganas pihak polis.
Persoalan yang tidak harus dipadamkan di sini ialah penyalahgunaan kuasa polis dan bukannya terus memburukkan peserta perhimpunan BERSIH 2.0. Selain itu, perlulah kita kaji sebab-sebab mereka menyertai perhimpunan aman itu. Barangkali mereka sudah hilang keyakinan terhadap kesungguhan dan keikhlasan kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pilihan raya yang adil.
Kenangan manis Sebaik sahaja tamatnya perhimpunan BERSIH 2.0, pelbagai kenangan manis yang seringkali muncul dalam ingatan saya. Antaranya, perpaduan dan tali persaudaraan yang terbentuk semasa perhimpunan tersebut. Ramai peserta menghulurkan bantuan dan bahan-bahan pelega pedih mata seperti ubat gigi dan garam kepada peserta yang mereka langsung tidak kenali. Mereka berbuat demikian tanpa membezakan warna kulit dan kepercayaan mereka. Inilah "1Malaysia" sebenar yang dapat dirasai dan bukannya melalui laungan bersifat munafik dan kurang keikhlasan itu.
Sesungguhnya, tindakan mereka perlulah lebih bertanggungjawab dan telus dan bukannya terus terjebak dalam politik kotor yang akan menjauhkan rakyat (pengundi).
Namun, perlu kita ingat bahawa perjuangan untuk membentuk kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan demokrasi sebenar masih jauh perjalanannya dan ia tidak terhenti dengan perhimpunan BERSIH 2.0 sahaja. Jadikanlah perjuangan dan penyertaan perhimpunan ini sebagai kenangan manis yang akan kita kongsikan bersama anak cucu kita kelak. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Surat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan