Malaysiakini :: Berita |
Pemimpin anti-Samy dilantik senator Posted: 21 Aug 2011 11:14 PM PDT Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Melaka, Datuk Chiw Tiang Chai, pengerusi MIC Petaling Jaya Selatan, Bharat Maniam dan ketua Wanita MIC Selangor, S Bagiam mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini. Upacara itu disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Chiw, 54, yang juga naib pengerusi BN Melaka, dilantik semula selepas penggal pertamanya berakhir pada 2008. Bharat Maniam yang nama sebenarnya V Subramaniam, 56, dan Bagiam, 52, pula dilantik sebagai senator buat pertama kali. - Bernama |
'Gerakan murtadkan umat Islam semakin berani' Posted: 21 Aug 2011 11:14 PM PDT Isu kontroversi memurtadkan umat Islam negara ini dilakukan dengan semakin berani, dakwa akhbar harian Melayu, Sinar Harian. "Dari semasa ke semasa, kita boleh perhatikan usaha itu dilakukan dengan semakin berani. Jika dahulu, kita hanya biasa mendengar risalah dakwah bukan Islam ditinggal lari dalam bekas barang motosikal, diselit pada pengelap cermin kereta atau dalam peti surat, namun apa yang berlaku kini lebih daripada itu lagi," kata Sinar dalam ruangan kolum Isninnya. Laporan itu juga berkata gerakan memurtadkan orang Islam semakin berani dan dilakukan secara terbuka. Sehubungan itu, ia merayu usaha membantu mereka dari segi ekonomi, terutama menerusi tabung zakat atau Baitul Mal perlu ditingkatkan. Ia juga memaparkan dakwaan seorang ustaz yang mendakwa pernah memutadkan lebih 200 umat Islam apabila dirinya dilatih menjadi mubaligh dan seorang paderi. Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz, yang pernah dikenali sebagai Yohanus, adalah anak kepada seorang pemimpin ketua gereja di Kota Belud, Sabah yang dilatih menjadi mubaligh Kristian sebelum meninggalkan agama itu pada 1990. Bagaimanapun akibat sering diburu perasaan ada sesuatu yang tidak kena dalam hidupnya, terutama tentang apa yang dibuatnya selama ini dan juga atas beberapa insiden, hati Yohanus tiba-tiba berubah menjadi tertarik kepada Islam, satu agama dan umat yang paling dimusuhinya sejak kecil. "Kepercayaan saya (waktu itu) sering berperang dengan hati sendiri," katanya. Namun segala-galanya berubah, sebaik sahaja dia mengucap dua kalimah syahadah pada 1990. "Segala keraguan dan keluh-kesah itu pergi dengan tiba-tiba. Hingga sekarang, saya berasa amat tenang bersama Islam, sesuatu yang saya tidak pernah rasai dulu," katanya dipetik Sinar. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan