Malaysiakini :: Berita |
Tahap puas hati terhadap Najib jatuh enam mata Posted: 28 Aug 2011 10:40 PM PDT Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menurut laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center. Menurut Merdeka Center kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat apabila pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini. Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri. |
Sukar dapat minyak tanah, pelita guna diesel, petrol Posted: 28 Aug 2011 10:29 PM PDT Orang ramai dinasihatkan agar tidak menggunakan minyak diesel atau petrol untuk menyalakan pelita sempena Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata penggunaan minyak diesel dan petrol dilihat berleluasa di serata tempat terutamanya di kampung-kampung. "Saya lihat penggunaan kedua-dua bahan ini semakin menjadi-jadi dan rata-rata mereka yang saya temui berkata kesukaran mendapatkan minyak tanah adalah penyebab mereka menggantikan bahan bakar ini," katanya hari ini. Beliau berkata, penggunaan kedua-dua bahan ini adalah berbahaya dan berisiko tinggi mendatangkan kemalangan kerana jika tertumpah ia mudah merebak dan meletup dengan cepat sekaligus mengundang kebakaran. "Kanak-kanak gemar bermain bunga api pada musim perayaan dan ini amatlah bahaya sekiranya kanak-kanak dibiarkan mendekati pelita yang menggunakan bahan tersebut tanpa pengawasan orang dewasa. "Sekarang isu meriam buluh dah tak ada, kita tak mahulah pula isu penggunaan diesel dan petrol dijadikan sebagai ganti," kata Prof Hamdan. Ibu bapa juga dinasihat agar memastikan keselamatan anak-anak mereka dari aspek kesesuaian pakaian yang dipakai ketika bermain bunga api bagi mengelakkan mudah disambar api. "Hari raya adalah hari untuk bergembira jangan nanti orang nak raya ada pula mereka yang terlibat dengan nahas gara-gara kelalaian ibu bapa," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan