Malaysiakini :: Berita |
Anwar: Biar Mat Sabu jelas sebelum serangnya Posted: 01 Sep 2011 10:06 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk mempertahankan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung kenyataannya mengenai Bukit Kepong dan membidas media milik Umno yang terus menyerang pemimpin itu. Katanya, Mohamad sepatutnya diberi ruang untuk menerangkan keadaan sebenar terlebih dahulu sebelum dikecam tanpa usul periksa oleh media arus perdana.
Menurut beliau lagi, media arus perdana tidak langsung memberi peluang kepada Mohamad untuk menjelaskan perkara sebenar. "Mereka bersama pimpinan Umno terus menyerang Mohamad Sabu tanpa diberi ruang untuk membela diri di atas dakwaan yang dimainkan oleh media milik mereka. "Serangan demi serangan ini seolah-olah tidak langsung memberi keadilan kepada Mohamad, kerana beliau bukan saja ditekan tanpa diberi peluang, tetapi diasak bertubi-tubi tanpa ruang. "Mekanisme yang digunakan oleh media milik pemerintah ini, adalah antara agenda dan serangan yang diaplikasikan menjelang pilihan raya umum yang akan datang," katanya yang juga ketua umum PKR.
Dalam pada itu, Mohamad pada sidang akhbarnya pada 29 ogos lalu berkata laporan Utusan pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS". "Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya.
"Sepatutnya Mohamad diberi ruang untuk membela diri dan bukannya dikecam sebegitu rupa oleh media arus perdana milik Umno sekiranya benar-benar mereka adalah media yang adil dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat negara ini," katanya lagi. |
AIM sedia pinjaman RM1.5 bilion bagi golongan miskin Posted: 01 Sep 2011 09:14 PM PDT Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan RM1.5 bilion bagi pinjaman kepada golongan miskin menjalankan perniagaan pada tahun ini, kata Pengerusinya, Datuk Amihamzah Ahmad. Beliau berkata jumlah itu meningkat berbanding peruntukan RM800 juta yang memberi manfaat kepada lebih 100,000 peminjam pada tahun lalu.
"Pinjaman mudah tanpa cagaran ini bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan tegar dan miskin di kalangan rakyat terutamanya penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya kepada Bernama, hari ini. Amihamzah berkata sejak ditubuhkan pada 1987, AIM telah mengeluarkan pinjaman berjumlah lebih RM5 bilion kepada 257,000 peminjam di seluruh negara. Katanya 99.8 peratus daripada peminjam terbabit berjaya melunaskan bayaran masing-masing mengikut jadual. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan