Malaysiakini :: Berita |
Ketua hakim pertahan pertemuan hakim-PM Posted: 06 Sep 2011 11:18 PM PDT Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan para hakim hari ini tidak akan menjejaskan kebebasan badan kehakiman, kata Ketua Hakim yang akan bersara, Tun Zaki Azmi. Tujuan pertemuan tersebut, katanya kepada pemberita, adalah untuk memberi taklimat kepada perdana menteri mengenai bagaimana dana kerajaan persekutuan digunakan untuk menambahbaik sistem penyampaian mahkamah. Zaki, 66, yang akan bersara Isnin ini, berkata pertemuan tersebut tidak akan mengganggu pentadbiran keadilan seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. Beliau juga berkata, pertemuan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru, tetapi juga pernah diadakan sebanyak dua kali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri. Badan kehakiman telah memohon peruntukan sebanyak RM130 juta untuk mahkamah bagi rakaman transkripsi dan sistem e-filing. "Tiada apa yang luar biasa seperti yang didakwa (oleh pihak-pihak tertentu) kerana persidangan hakim-hakim telah dirancang enam bulan lalu dan perdana menteri memaklumkan kepada kami hendak melawat mahkamah, hanya minggu lepas," tegasnya. Sejumlah 130 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan menghadiri pertemuan dengan perdana menteri di Istana Kehakiman petang ini. |
'Pelantikan hakim kini lebih telus' Posted: 06 Sep 2011 10:57 PM PDT Ketua Hakim Negara yang akan bersara, Tun Zaki Azmi berkata, pelantikan hakim dan pesuruhjaya kehakiman (JC) ke mahkamah yang lebih tinggi melalui Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman sekarang lebih telus daripada sebelumnya kerana ia kini dibuat melalui undi sulit. Sebelum pelantikan dibuat melalui JAC, kata Zaki, beban pelantikan hakim adalah pada pihak eksekutif dan ketua hakim. "Dalam JAC, ada cadangan saya (untuk pelantikan) hakim-hakim yang ditolak," tegasnya. Menurutnya, JAC lebih cerewet dan semuanya dilakukan melalui undi rahsia dan tidak ada nombor siri, "dan dengan itu, anda tidak tahu siapa (undi siapa)". Oleh itu, tegas Zaki, beliau berpendapat bahawa pelantikan hakim-hakim dan JC dan kenaikan pangkat adalah lebih telus. Beliau juga mendedahkan bahawa lebih ramai dari sektor swasta - 'enam atau tujuh orang' - telah menyertai badan kehakiman berbanding dengan sebelumnya. JAC dianggotai oleh bekas ketua hakim negara, bekas hakim kanan dan bekas peguam negara sebagai pesuruhjayanya. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan