Malaysiakini :: Berita |
10,000 pengundi kes 'MyKad palsu' dikeluarkan - PAS Posted: 13 Sep 2011 10:53 PM PDT Pemuda PAS mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes kad pengenalan palsu. Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih. "Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan. "Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya. Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya. Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini. |
Umno S'gor saman PAS berhubung serbuan JAIS Posted: 13 Sep 2011 10:52 PM PDT Umno Selangor hari ini memfailkan saman terhadap setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi responden berhubung dakwaannya Umno menjadi dalang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bulan lalu. Saman itu menuntut pampasan RM10 juta dari setiap responden berhubung kenyataan Mustafa itu yang disiarkan oleh akhar rasmi PAS - Harakah - serta menuntut pemohonan maaf untuk disiarkan dalam akhbar berkenaan. Lima lagi responden ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (timbalan presiden), Angkatan Edaran Enterprise (pencetak), Ahmad Lutfi Othman (ketua pengarang Harakah) dan wartawan Khairul Azlam Mohamad. Bagaimanapun, Hadi dan Mohamad dianggap sebagai satu responden kerana kedua-duanya mewakili pemimpin tinggi PAS dalam saman tersebut. Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira jam 11.50 pagi ini.
Artikel itu bertajuk 'Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi JAIS'. "Tuduhan-tuduhan tersebut tersebut sangat serius di mana menyebabkan kehinaan dan keaiban kepada plaintif oleh khalayak ramai dan masyarakat awam, baik di Malaysia dan antarabangsa," saman itu dipetik. Umno Selangor juga turut memohon injunksi mahkamah untuk menghalang Mustafa - defenden pertama - atau pembantunya atau ejennya daripada menerbit atau menyebabkan penerbitan "kata-kata fitnah" itu di media cetak atau elektronik. Dalam sidang media selepas itu, Mohd Zin berkata saman terpaksa diambil oleh Umno negeri itu untuk mempertahankan diri walaupun pihaknya beberapa kali menyatakan kesediaan untuk menyelesaikan di luar mahkamah dengan permohonan maaf. Tetapi, katanya, tawaran itu ditolak oleh PAS. Sehubungan itu, katanya, mahkamah menetapkan 28 September ini sebagai tarikh pengurusan kes saman tersebut. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan