Malaysiakini :: Berita |
Keanggotaan PBB: Malaysia sokong Palestin Posted: 25 Sep 2011 12:28 AM PDT Kerajaan Malaysia mengalu-ngalukan sokongan kuat pengumuman Presiden Mahmoud Abbas pada Jumaat untuk keanggotaan penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Malaysia menolak sepenuhnya pertikaian yang dikemukakan Israel mengenai proses keamanan yang buntu khasnya berkaitan isu penempatan haram di Tebing Barat. Dalam pandangan Malaysia, penempatan haram merupakan punca utama masalah dan hendaklah dipindahkan," menurut Kementerian Luar dalam kenyataan. Kerajaan Malaysia berpandangan bahawa keanggotaan dalam PBB tidak akan menjejaskan proses keamanan, sehubungan itu, pertikaian membantah keanggotaan Palestin di PBB adalah lemah, tidak berasas dan tidak munasabah.
Tawaran Israel untuk mengadakan rundingan serta merta dan usaha Kuarted itu menjadualkan semula rundingan dalam masa sebulan nampaknya usaha terdesak untuk tidak membolehkan Palestin daripada mendapatkan keanggotaan. Malaysia akan membantu Palestin dalam mendapatkan jumlah undi yang diperlukan untuk Majlis Keselamatan PBB di Perhimpunan Agung itu, menurut kenyataan itu. - Bernama |
Guan Eng tuntut Bernama mohon maaf Posted: 25 Sep 2011 12:11 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu artikel yang didakwa memfitnahnya ditarik balik dan permohonan maaf secara terbuka serta tanpa syarat dari Bernama kerana menyebarkan 'berita palsu dan dusta,' ataupun menghadapi tindakan undang-undang.
Lim bagaimanapun menafikan beliau mengeluarkan kata-kata berkenaan dan mendakwa mempunyai saksi-saksi untuk menyokong beliau. Dalam surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong,- Lim, memerusi setiausaha akhbar (II) Wong Kim Fei, berkata agensi berita itu menyiarkan laporan palsu itu pada 23 September. Artikel berkenaan "Lim Guan Eng should not sabotage other states - Muhyiddin" dan "Lim Guan Eng tidak sepatutnya sabotaj negeri lain - Muhyiddin". Wong menjelaskan bahawa Lim telah ditemuramah oleh Radio Australia pada 20 September oleh Cameron Wilson. Radio Australia adalah milik Australian Broadcasting Corporation dan menyiarkan perkhidmatan dalam talian serta radio antarabangsa yang disiarkan dalam lapan bahasa dengan tumpuan khususnya di Asia dan Pasifik.
Katanya, dua pembantu menemani Lim pada wawancara itu - Jeffrey Chew dan Yap Soo Huey - dan mereka boleh menjadi saksi mengenai apa yang diperkatakan. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan