Malaysiakini :: Berita |
MCA mula palu gendang perang pilihan raya Posted: 01 Oct 2011 10:26 PM PDT Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini menggesa ahli-ahli parti itu supaya fokus untuk menumbangkan DAP pada pilihan raya umum akan datang.
"Sudah tiba masanya untuk menghukum PAS dengan tidak mengundi DAP," katnya dalam ucapan pada Perhimpunan Agung MCA ke-58 di Kuala Lumpur, hari ini. Tindakan itu dikatakan mungkin membawa kesan kepada DAP, seperti yang berlaku pada pilihan raya umum 1999, apabila kebimbangan yang serupa dimainkan. Ketika itu, DAP kalah teruk, apabila BN memainkan isu negara Islam yang cuba diperjuangkan oleh PAS menerusi Barisan Alternatif.
Menurut Chua, MCA juga sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan muncul sebagai sebuah parti yang lebih bersatu dan stabil selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada tahun lalu. Lebih ruang Pada ucapannya di perhimpunan yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Chua turut menggesa kerajaan membuka lebih ruang untuk mendengar suara rakyat yang kini lebih lantang, aktif dengan kesedaran politik yang tinggi berbading dahulu.
"Transformasi politik perlu menjangkaui kepaduan politik, politik kecam-mengecam dan politik perkauman. Kita perlu mengangkat darjat politik kita mengatasi semua ini dan membawa jalan keluar ke arah satu dimensi yang berlainan," katanya. Menurut Chua, BN perlu merangka satu pendekatan yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa untuk memenuhi aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Beliau berkata aspirasi generasi muda sekarang mungkin sudah berbeza dengan aspirasi generasi terdahulu dan BN sebagai kerajaan yang memimpin negara ini bertangguungjawab untuk merangka satu dasar yang bersesuaian. "Saya dengan ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah besar ke depan dengan menawarkan rakyat Malaysia satu pendekatan baru yang akan menjadi contoh kepada aspirasi dan harapan rakyat secara keseluruhannya.
Namun begitu, menurut Chua, pendekatan baru yang dimaksudkan itu bukan satu percubaan untuk mencabar atau menulis semula kontrak sosial. "Saya faham cadangan ini mungkin akan dikecam oleh kumpulan tertentu. Namun begitu, kita perlu merangka suatu formula yang lebih sesuai dengan peredaran zaman dan untuk memenuhi aspirasi rakyat Malaysia," katanya. Sikap bongkak Sehubungan itu, presiden MCA itu mengecam segelintir pemimpin BN yang menunjukkan sikap bongkak, sombong malah menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya menerusi laman sosial untuk berkomunikasi dengan raykat. Beliau khuatir bahawa ia akan menjadi barah dan menyebabkan kemarahan dan persepsi negatif rakyat terhadap BN dan kerajaan.
Keputusan ini tidak harus dipandang sebagai satu ugutan sebaliknya perlu dilihat sebagai menghormati hasrat pengundi. "Adalah diharapkan, keputusan ini akan mewujudkan kesedaran lebih meluas betapa pentingnya anggota-anggota parti semua bersatu untuk memastikan kemenangan MCA pada pilihan raya akan datang kerana masa depan dan kewujudan parti ini adalah di tangan anggota-anggota sepenuhnya," katanya. |
Najib: BN jangan takut akui silap Posted: 01 Oct 2011 09:49 PM PDT Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengulangi kenyataannya bahawa BN tidak harus takut untuk mengakui kesilapan dan membuat pembetulan. Tegasnya, BN harus bertindak sedemikian untuk mengelakkan daripada dihukum sekali lagi dalam pilihan raya akan datang.
Katanya, atas sebab itulah BN perlu melakukan trasformasi politik seperti pemansuhan undang-undang ISA. "Kalau ada benda yang tidak betul, sekaranglah masanya untuk buat pembetulan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan