Selasa, 14 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Nazri: Rosmah beri impak positif kepada Malaysia

Posted: 14 Jun 2011 11:10 PM PDT

Penglibatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam pelbagai konvensyen mahupun seminar antarabangsa dilihat sebagai sesuatu yang positif dalam memartabatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata undangan sebegitu seharusnya dilihat sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai dasar, strategi dan pelaksanaan yang baik dalam bidang pendidikan, pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak serta aspek pembangunan wanita dan kebajikan.

Beliau berkata melalui penglibatan dan pendekatan sebegini, Malaysia dapat berkongsi pengalaman dan pencapaian dalam bidang tersebut.

"Secara tidak langsung, ia juga akan dapat meyakinkan persepsi antarabangsa terhadap pencapaian Malaysia dalam bidang berkenaan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran).

Juslie ingin tahu mengenai persepsi antarabangsa berhubung penglibatan Rosmah yang pro-aktif menyertai forum, konvensyen dan seminar global sebagai suara hak wanita, pembangunan modal insan dan masyarakat di peringkat dunia.

rosmah and najib bakti event 070709 06Dalam pada itu, Mohammad Nazri berkata peranan anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) adalah sama seperti yang dilakukan semasa ia diterajui oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata pada ketika itu, BAKTI banyak memainkan peranan dalam menjalankan kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat di Malaysia dan peranan itu kekal hingga sekarang.

"Kita telah lihat bahawa ia diterima baik dan tiada pertikaian pun mengenai peranan mereka. Oleh itu, sekarang BAKTI juga melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan dulu dan tiada perbezaan antara dulu dan sekarang," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dewan Rakyat tolak usul bantah perhimpunan BERSIH

Posted: 14 Jun 2011 10:58 PM PDT

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi mengecam tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan bagi menuntut reformasi dalam pelaksanaan pilihan raya di negara ini.

zahrain hashim parliament 180310Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengambil ketetapan menolak usul yang dibawa Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) itu selepas berpuas hati bahawa usul itu tidak perlu disegerakan.

"Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah perlu sebagai persediaan untuk menangani perhimpunan BERSIH itu dan akan sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar dapat dibanteras dan dipastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.

Terdahulu, Zahrain yang mengemukakan usul itu sebaik sesi soal jawab selesai, meminta dewan mengambil ketetapan untuk mengecam sekeras-kerasnya segala tindakan BERSIH, terutama menghasut rakyat agar merusuh di jalanan sepertimana yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah, termasuk Tunisia dan Mesir.

bersih rally 271207 03Beliau juga mahu persidangan mendesak BERSIH supaya membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi baik di Kuala Lumpur, mahupun di mana-mana negeri demi keselamatan rakyat dan negara.

Zahrain berkata tindakan BERSIH tidak mencerminkannya sebagai sebuah badan yang benar-benar memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan telus, sebaliknya bermotifkan politik kepartian.

"Kegiatan lampau BERSIH membuktikan kumpulan ini mempunyai agenda politik sempit dan berhasrat mengelirukan rakyat demi mencapai matlamat politik mereka," katanya.

bersih rally 271207 01Pada 2007, BERSIH menggunakan slogan 'Gelombang Kuning' telah menganjurkan perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra, atas alasan sama.

Perhimpunan yang bermula di Dataran Merdeka itu berjaya mengumpulkan 40,000 peserta.

Perhimpunan kedua BERSIH pada bulan depan antara lain untuk menuntut pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved