Rabu, 20 Julai 2011

Malaysiakini :: Surat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


DAP parti pelbagai kaum?

Posted: 20 Jul 2011 02:42 AM PDT

Dilaporkan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mencadangkan partinya keluar Pakatan Rakyat berikutan penguatkuasaan penuh Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 yang melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadan.

Pua melahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi Twitter. Namun hasratnya ini 'disejukkan' oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

DAP akronim bagi Democratic Action Party atau Parti Tindakan Demokratik seperti nama parti tersebut yang memperjuangkan kebebasan demokrasi dianggotai ahli pelbagai kaum dan agama.

Sebab itulah DAP pernah mempunyai seorang ahli parlimen Melayu yang pernah menang kerusi parlimen di Pulau Pinang pada suatu ketika; Allahyarham Ahmad Nor bekas pemimpin Ceupacs yang terkenal pada suatu masa dahulu.

Saya tidak mahu komen apa yang dikatakan demokrasi dalam DAP. Apa yang saya tahu DAP yang didominasi oleh kaum Cina walaupun mendakwa parti tersebut pelbagai kaum.

Namun saya sedih kerana apa yang saya amati sejak dahulu DAP asyik bercakap dan berjuang isu yang berkaitan dengan kepentingan kaum Cina sahaja. Saya ingin melihat DAP juga memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan negara.

Saya juga impikan DAP turut memperjuangkan hak-hak dalam negara demokrasi seperti kepentingan dan hak-hak orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti biasiswa pelajaran untuk anak-anak bumiputera dan pembahagian nisbah kekayaan serta kek ekonomi negara berlandaskan peratusan penduduk yang kini kita masih menyaksikan Melayu dan bumiputera masih ketinggalan dan berada dalam lingkungan kemiskinan. Apakah DAP pernah menyuarakannya; baik di parlimen atau di mana-mana?

lnilah anjakan paradigma yang patut ada dalam minda para pemimpin DAP andainya DAP mahu diterima parti pelbagai kaum dan selari dengan perubahan semasa kini.

Apatah lagi era sekarang semua parti berjuang untuk '1Malaysia' yang adil bersandarkan perlembagaan tetapi bukan kesamarataan. Sementelahan pula Umno sekarang agak 'dingin' menyuarakan suara hati orang-orang Melayu maka apakah DAP bersedia?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenapa saya sokong BERSIH 2.0

Posted: 20 Jul 2011 02:30 AM PDT

1. BERSIH 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak Umno dan BN kononnya BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan ROS, sebaliknya BERSIH 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang - kurangnya 62 NGO yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus.

2. Kempen ini berpaksi kepada lapan tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak SPR. Apa yang lebih penting juga ialah lapan tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya. Lapan tuntutan itu ialah :

  • Masa kempen minima 21 hari
  • Akses media yang bebas dan adil
3. Namun jelas tindakan pihak Umno dan BN cuba untuk mengelirukan rakyat dengan pelbagai fitnah dan tohmahan yang akhirnya menenggelamkan isu sebenar dari kempen BERSIH 2.0. Cubaan mengaitkan kempen BERSIH 2.0 dengan perjuangan komunis dan pula mendapat pembiayaan dari pihak asing adalah satu percubaan jahat dan tidak berasas. Masakan komunis menyokong perjuangan pemulihan demokrasi yang digerakkan oleh BERSIH 2.0 dan apalah pula kos BERSIH 2.0 kecuali duit minyak dan tambang rakyat untuk sampai ke lokasi perhimpunan serta kos membeli baju BERSIH 2.0 dengan pembiayaan sendiri.

4. Mereka menuduh tanpa bukti. Pastinya mereka sedang panik menyaksikan kebangkitan rakyat biarpun secara aman justeru rakyat menolak ketidakadilan mereka, rakyat membantah cara mereka memerintah. Biarpun tidak keseluruhan rakyat, namun mereka tahu, jumlah rakyat yang bangkit menolak dan membantah mereka adalah jumlah yang membuatkan kuasa pemerintahan mereka tergugat andainya mereka mendepa tangan untuk dihitung nilai secara saksama oleh rakyat.

5. Mereka tahu, bahawa mereka terpaksa monopoli penguasaan media untuk menidakkan suara parti lawan mereka. mereka terpaksa mengekalkan undi pos sebagai tali hayat untuk mereka kekal memerintah. Mereka tahu, keupayaan mereka sangat terhad untuk memerangi rasuah yang telah membarah dalam parti mereka. Mereka juga tahu bahawa politik kotor, politik lucah dan politik kekerasan adalah senjata sulit mereka untuk memastikan mereka mampu menghadapi lawan.

6. Tuntutan 8 perkara yang dibawa oleh BERSIH 2.0 akan terus menghantui mereka. Menjadikan mereka hilang rasional lantas mereka menggunakan pihak keselamatan untuk tradisi membelasah rakyat sendiri. Menangkap individu yang memakai baju kuning bertulis BERSIH 2.0 dengan tertera pula lapan tuntutan. Umno dan BN bagai dirasuk. Mengaku kuat dan handal tetapi mengalami xnthophobia yang parah.

7. Tuntutan 8 perkara ini akan terus diratib oleh rakyat sehinggalah kerajaan dan seluruh agensinya yang berkenaan akur dan bersedia untuk pilihanraya yang adil, telus dan saksama. kita masih komited dengan kaedah "muwajahah silmiah" iaitu persaingan secara aman tanpa kekerasan dan senjata. Namun padang mestilah sama rata dan peraturan pula adil dan telus.

8. BERSIH 2.0 tidak digerakkan untuk menjatuhkan kerajaan Umno dan BN dengan kekerasan sebagaimana apa yang mereka lakukan oleh mereka ke atas rakyat. BERSIH 2.0 tidak digembeleng untuk meruntuhkan kerajaan Umno dan BN dengan rampasan kuasa secara undemocratic sebagaimana apa yang mereka lakukan oleh mereka ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. BERSIH 2.0 tidak dicetuskan untuk mengguling kerajaan Umno dan BN dengan menimbulkan huru hara dan kacau bilau yang menggugat keamanan serta ketenteraman awam sebagaimana apa yang dilakukan oleh mereka ke atas peserta himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 tempohari.

9. BERSIH 2.0 hanya menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang bersih. Kita bersedia untuk bersaing dengan Umno dan BN dalam sistem yang adil, telus dan saksama. Tiada lagi penafian hak bersuara dengan memastikan akses media yang adil dan bebas serta tiada lagi pelanggaran hak memilih dengan mereformasikan undi pos.

10. Jika Umno dan BN mengapong diri dengan kempen 1 Malaysia, Pakatan Rakyat memobilisasi rakyat dengan BERSIH 2.0 yang akan terus kekal momentumnya biarpun berdepan dengan pelbagai tindakan yang tidak bertamadun dan undemocratic. Kini rakyat berani. Bukan sekadar berani melepasi sekatan FRU dan bedilan gas pemedih mata, tetapi apa yang paling bermakna ialah rakyat kini berani membuang sikap berdiam diri untuk bangkit menunjukkan perasaan mereka yang diselubungi derita sejak sekian lama angkara demokrasi ala Barisan Nasional. Saya sokong orang berani dan saya sokong BERSIH 2.0
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved